SEMENJAK DUIT,
DISEMBAH ORANG
BUDI TIDAK, DIPERLUKAN LAGI
M.RAKIB…LPMP
RIAU 2014
MELAYU KLASIK
SEMENJAK KUNYIT, DIRAMBAH ORANG
KELADI TIDAK, TUMBUH
LAGI
SEMENJAK DUIT,
DISEMBAH ORANG
BUDI TIDAK, DIPERLUKAN
LAGI
BUAH COKLAT, MARI DIHIRIS MANIS SEKALI, RASA ISINYA UANG RAKYAT, LEZAT DAN MANIS LEBIH MANIS, DARAH ASLINYA AYAM HUTAN, TERBANG KE HUTAN TALI TERSANGKUT, PAGAR BERDURI ADIK BUKAN, SAUDARA BUKAN TERSANGKUT KERANA, INGIN MENGABDI AYAM RINTIK , DI PINGGIR HUTAN NAMPAK DARI , TEPI TELAGA AKHLAK YANG BAIK, JADI INGATAN SERIBU TAHUN TERKENANG JUGA BILA MEMANDANG KE MUKA LAUT NAMPAK SAMPAN MUDIK KE HULU BILA TERKENANG MULUT MENYEBUT BUDI YANG BAIK INGAT SELALU BURUNG SERINDIT TERBANG MELAYANG MARI HINGGAP DI RANTING MATI BUKAN RINGGIT DIPANDANG ORANG BUDI BAHASA RANGKAIAN HATI BUKAN LEBAH SEBARANG LEBAH LEBAH BERSARANG DI POHON KAYU BUKAN SEMBAH SEBARANG SEMBAH SEMBAH ADAT PUSAKA MELAYU BUKAN LEBAH SEBARANG LEBAH LEBAH BERSARANG DI RUMPUN BULUH BUKAN SEMBAH SEBARANG SEMBAH SEMBAH MENYUSUN JARI SEPULUH LAKSAMANA BEREMPAT DI ATAS PENTAS CUKUP BERLIMA DENGAN GURUNYA BAGAIKAN DAKWAT DENGAN KERTAS SUDAH BERJUMPA DENGAN JODOHNYA MEMBELI PAPAN DI TENGAH PEKAN PAPAN KECIL DIBUAT TANGKAL MENGAPA UMPAN IKAN TAK MAKAN ADAKAH KAIL PANJANG SEJENGKAL RUMAH LIMAS ANJUNG SELATAN BUNGA KEMUNING TUMBUH DI LAMAN TANGKAINYA EMAS BUNGANYA INTAN BOLEHKAH RANTING HAMBA PATAHKAN TUMBUH BETIK DI TEPI LAMAN POKOK BERANGAN POKOK TERUNTUM SUNGGUH CANTIK BUNGA DI TAMAN BOLEHKAH GERANGAN PETIK SEKUNTUM ASAM KANDIS ASAM GELUGUR KETIGA ASAM SI RIANG-RIANG MENANGIS MAYAT DI PINTU KUBUR TERINGAT BADAN TIDAK SEMBAHYANG BAIK-BAIK MENANAM SELASIH JANGAN MENIMPA SIPOHON SENA BAIK-BAIK MEMILIH KEKASIH JANGAN SAMPAI BADAN MERANA BAIK-BAIK MENGAIL TENGGIRI TAKUT TERKENA SIIKAN PARANG BAIK-BAIK MERENDAH DIRI JANGAN MENJADI HAMBA ORANG BINTANG TUJUH SINAR BERSERI BULAN PURNAMA DATANG MENERPA AJARAN GURU HENDAK DICARI MANA YANG DAPAT JANGANLAH LUPA BUAH MANGGA MELENDUR TINGGI BUAH KUINI BERANGKAI TIGA HIDUP KITA TIDUR DAN MATI SUDAH MATI BARU TERJAGA BUAT BANGSAL DI PULAU DAIK MENAHAN TAUT SAMBIL MENGILAU KALAU ASAL BENIH YANG BAIK JATUH KE LAUT MENJADI PULAU BUDAK-BUDAK BERMAIN TOMBAK TOMBAK DIIKAT DENGAN RANTAI KALAU TAKUT DILAMBUNG OMBAK JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI HALIA INI TANAM-TANAMAN KE BARAT JUGA AKAN CONDONGNYA DUNIA INI PINJAM-PINJAMAN AKHIRAT JUGA AKAN SUNGGUHNYA HARI PANAS MENCUCUK BENANG BENANG MENJAHIT BAJU KEBAYA AIR JERNIH LUBUKNYA TENANG JANGAN DISANGKA TIADA BUAYA KALAU TAHU PERIA TU PAHIT TIDAK KU GULAI DENGAN PETOLA KALAU TAHU BERCINTA TU SAKIT TIDAK KU MULAI DARI SEMULA KALAU TUAN PERGI KE KELANG BELIKAN SAYA SEMANGKUK ROJAK JANGAN DITURUT RESMI KIAMBANG SUNGGUHPUN HIJAU AKAR TAK JEJAK PISANG KELAT DIGONGGONG HELANG JATUH KE LUBUK DI INDRAGIRI JIKA BERDAGANG DI RANTAU ORANG BAIK-BAIK MENJAGA DIRI ASAP API EMBUN BERDERAI PATAH GALAH HALUAN PERAHU NIAT HATI TAK MAHU BERCERAI KEHENDAK ALLAH SIAPA YANG TAHU AIR DALAM BERTAMBAH DALAM HUJAN DI HULU BELUMLAH TEDUH HATI DENDAM BERTAMBAH DENDAM DENDAM DAHULU BELUMLAH SEMBUH ********** ANAK PUNAI ANAK MERBAH HINGGAP DITONGGAK MENCARI SARANG ANAK SUNGAI LAGIKAN BERUBAH INIKAN PULA HATI ORANG APA GUNA PASANG PELITA JIKA TIDAK DENGAN SUMBUNYA APA GUNA BERMAIN KATA KALAU TIDAK DENGAN SUNGGUHNYA BUAH KUINI JATUH TERCAMPAK JATUH MENIMPA BUNGA SELASIH BIAR BERTAHUN DILAMBUNG OMBAK TIDAK KU LUPA PADA YANG KASIH KAJANG TUAN KAJANG BERLIPAT KAJANG HAMBA MENGKUANG LAYU DAGANG TUAN DAGANG BERTEMPAT DAGANG HAMBA TERBUANG LALU BUAH JAMBU DISANGKA KANDIS KANDIS ADA DI DALAM CAWAN GULA MADU DISANGKA MANIS MANIS LAGI SENYUMAN TUAN DARI ARAB TURUN KE ACEH NAIK KE JAWA BERKEBUN SERAI APA DIHARAP PADA YANG KASIH BADAN DAN NYAWA LAGI BERCERAI BUNGA MELATI TERAPUNG-APUNG BUNGA RAMPAI DI DALAM PUAN RINDU HATI TIDAK TERTANGGUNG BILAKAH DAPAT BERJUMPA TUAN BURUNG MERAK TERBANG KE LAUT SAMPAI KE LAUT MENGANGKUT SARANG SEDANGKAN BAH KAPAL TAK HANYUT INIKAN PULA KEMARAU PANJANG BUNGA MELUR KEMBANG SEKAKI MARI DIBUNGKUS DENGAN KERTAS DI DALAM TELUR LAGI DINANTI INIKAN PULA SUDAH MENETAS DALAM PERLAK ADA KEBUN DALAM KEBUN ADA TANAMAN DALAM GELAK ADA PANTUN DALAM PANTUN ADA MAINAN DARI JAWA KE BENGKAHULU MEMBELI KERIS DI INDERAGIRI KAWAN KETAWA RAMAI SELALU KAWAN MENANGIS SEORANG DIRI DARI TELUK PERGI PANGKALAN BERMAIN DI BAWAH POHON KEPAYANG SAYA UMPAMA HABUK DI PAPAN DITIUP ANGIN TERBANG MELAYANG DAUN SELALSIH DI TELUK DALAM BATANG KAPAS LUBUK TEMPURUNG SAYA UMPAMA SI BURUNG BALAM MATA TERLEPAS BADAN TERKURUNG ORANG MELAYU NAIK PERAHU SEDANG BERDAYUNG HUJAN GERIMIS HANCUR HATIKU ABANG TAK TAHU MULUT TERTAWA HATI MENANGIS ORANG TANI MENGAMBIL NIPAH HENDAK DIBAWA KE INDRAGIRI SELURUH ALAM KU CARI SUDAH BELUM BERSUA PILIHAN HATI PASIR PUTIH DI PINGGIR KALI PEKAN MENYABUNG AYAM BERLAGA KASIH TAK BOLEH DIJUAL BELI BUKANNYA BENDA BUAT BERNIAGA RIBU-RIBU POKOK MENGKUDU CINCIN PERMATA JATUH KE RUANG KALAU RINDU SEBUT NAMAKU AIRMATA MU JANGAN DIBUANG KALAU ROBOH KOTA MELAKA SAYANG SELASIH DI DALAM PUAN KALAU SUNGGUH BAGAI DIKATA RASA NAK MATI DI PANGKUAN TUAN LIMAU PURUT LEBAT DI PANGKAL BATANG MENGKUDU CONDONG URATNYA HUJAN RIBUT DAPAT DITANGKAL HATI YANG RINDU APA UBATNYA KALAU MENYANYI PERLAHAN-LAHAN DIBAWA ANGIN TERDENGAR JAUH RINDU DI HATI TIDAK TERTAHAN DI DALAM AIR BADAN BERPELUH KU SANGKA NANAS ATAS PERMATANG RUPANYA DURIAN TAJAM BERDURI KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG RUPANYA HUJAN DI TENGAHARI KAYUH PERAHU SAMPAI SEBERANG SINGGAH BERMALAM DI KAMPUNG HULU BUKAN TAK TAHU DUNIA SEKARANG GAHARU DIBAKAR KEMENYAN BERBAU LEMBING ATAS TANGGA PERISAI ATAS BUSUT KENING ATAS MATA MISAI ATAS MULUT ANAK IKAN DIPANGGANG SAHAJA HENDAK DIPINDANG TIDAK BERKUNYIT ANAK ORANG DIPANDANG SAHAJA HENDAK DIPINANG TIADA BERDUIT SAYA TAK HENDAK BERLESUNG PAUH LESUNG PAUH MEMBUANG PADI SAYA TAK HENDAK BERSAHABAT JAUH SAHABAT JAUH MERISAU HATI BURUNG SERINDIT TERBANG MELAYANG SINGGAH DIHINGGAP DI RANTING MATI DUIT RINGGIT DIPANDANG ORANG JARANG DIPANDANG BAHASA BUDI BATU SANGKAR BATU BERPAHAT TERPAHAT NAMA RAJA BESTARI MAKANAN ARIF, KIAS IBARAT PANTUN SELOKA, ULAM JAUHARI DAUN DURIAN JATUH TERCAMPAK LOPAK-LOPAK ISI SELASIH TUJUH TAHUN DILAMBUNG OMBAK TIADA KULUPA HATI YANG KASIH ANAK CIK SITI MENCARI TUBA TUBA DICARI DI TANJUNG JATI DI DALAM HATI TIDAKKAN LUPA BAGAI RAMBUT TERSIMPUL MATI LIMAU PURUT DI LUAR PAGAR RIMBUN PUTIK DENGAN BUNGANYA HUJAN RIBUT PADANG TERBAKAR EMBUN SETITIK PADAM APINYA PUAS SAYA BERTANAM UBI NANAS JUGAK DIPANDANG ORANG PUAS SAYA MENABUR BUDI EMAS JUGA DIPANDANG ORANG TENANG-TENANG AIR DI LAUT SAMPAN KOLEK MUDIK KE TANJUNG HATI TERKENANG MULUT MENYEBUT RINDU KINI TIADA PENGHUJUNG TINGGI-TINGGI POHON JATI TEMPAT BERMAIN SIMANJA SAYANG SUNGGUH TINGGI HARGA BUDI BUDI DIBALAS KASIH DAN SAYANG BUNGA TANJUNG KEMBANG SEMALAM POHON TINGGI TIDAK BERDURI GELOMBANG BESAR DI LAUT DALAM KERANA TUAN SAYA KEMARI ********** BURUNG MERPATI TERBANG SERIBU HINGGAP SEEKOR DI TENGAH LAMAN HENDAK MATI DI HUJUNG KUKU HENDAK BERKUBUR DI TAPAK TANGAN ********** DARI MANA HENDAK KE MANA TINGGI RUMPUT DARI PADI HARI MANA BULAN MANA DAPAT KITA BERJUMPA LAGI ********** PADI INI SEMUMBA-MUMBA DAUN KURMA DAUN CEMPEDAK MACAM MANA HATI TAK HIBA ENTAH BERTEMU ENTAH TIDAK ********** PERMATA JATUH KE RUMPUT JATUH KE RUMPUT BERBILANG-BILANG DARI MATA TIDAKKAN LUPUT DALAM HATI TIDAKKAN HILANG ********** AKAR KELADI MELILIT SELASIH SELASIH TUMBUH DI HUJUNG TAMAN KALUNGAN BUDI JUJUNGAN KASIH MESRA KENANGAN SEPANJANG ZAMAN ********** AYAM RINTIK DI PINGGIR HUTAN NAMPAK DARI TEPI TELAGA NAMA YANG BAIK JADI INGATAN SERIBU TAHUN TERKENANG JUGA ********** ANAK BERUK DI TEPI PANTAI PANDAI MELOMPAT PANDAI BERLARI BIAR BURUK KAIN DIPAKAI ASAL HIDUP PANDAI BERBUDI ********** KIRI JALAN KANAN PUN JALAN TENGAH-TENGAH POHON MENGKUDU KIRIM JANGAN PESAN PUN JANGAN SAMA-SAMA MENANGGUNG RINDU ********** MENDUNG SI MEGA MENDUNG MENDUNG DATANG DARI UTARA JANGAN SELALU DUDUK TERMENUNG KALAU TERMENUNG BADAN MERANA ********** POHON MENGKUDU TUMBUHNYA RAPAT RAPAT LAGI POHON JATI KAWAN BERIBU MUDAH DIDAPAT SAHABAT SETIA PAYAH DICARI ********** POKOK TERAP TUMBUH DI BUKIT BELAT BERBANJAR PANJANG KE HULU JANGAN DIHARAP GURUH DI LANGIT KILAT MEMANCAR HUJAN TAK LALU ********** SAMPAN KOTAK HILIR MUDIK DAYUNG PATAH GALAH SEBATANG IKHTIAR TIDAK DATANG MENGGOLEK AKAL TIDAK DATANG MELAYANG ********** SITI WAN KEMBANG PERINTAH KELANTAN NAMA TERMASYHUR ZAMAN DAHULU BAIK-BAIK MEMILIH INTAN TAKUT TERKENA KACA DAN BATU ********** BUAH LANGSAT KUNING MENCELAH SENDUDUK TIDAK BERBUNGA LAGI SUDAH DAPAT GADING BERTUAH TANDUK TIDAK BERGUNA LAGI ********** DUA PAYA SATU PERIGI SEEKOR BUJUK ANAK HARUAN TUAN DI SANA SAYA DI SINI BAGAI PUNGGUK RINDUKAN BULAN ********** GESEK REBAB PETIK KECAPI BURUNG TEMPUA MEMBUAT SARANG APA SEBAB JADI BEGINI KARAM BERDUA BASAH SEORANG ? ********** HENDAK GUGUR GUGURLAH NANGKA JANGAN MENIMPA PUTIK PAUH HENDAK TIDUR TIDURLAH MATA JANGAN MENGENANG SI DIA YANG JAUH ********** KAIN BATIK NEGERI SEBERANG DIPAKAI ANAK TANAH MELAYU APA ERTINYA KASIH DAN SAYANG KALAULAH ABANG BERJANJI PALSU ********** PANTAI CENDERING PASIRNYA PUTIH ANAK DAGANG BERULANG MANDI APA DISESAL ORANG TAK KASIH SUDAH SURATAN DIRI SENDIRI ********** DISANA PAUH DI SINI PUN PAUH DAUN MENGKUDU DITANDUNGKAN ADINDA JAUH KEKANDA JAUH KALAU RINDU SAMA TANGGUNGKAN ********** PULAU TINGGI TERENDAK CINA NAMPAK DARI PULAU SIBU ABANG PERGI JANGANLAH LAMA TIDAK KUASA MENANGGUNG RINDU ********** PUTIK PAUH DELIMA BATU ANAK SEMBILANG DI TAPAK TANGAN TUAN JAUH DI NEGRI SATU HILANG DI MATA DI HATI JANGAN **********
«
LAST EDIT: 04 APRIL, 2009, 08:18:43
AM BY MUNALIZA ISMAIL »
LOGGED
·
REPLY #1 13 JANUARY, 2009, 01:11:59 PM
· PUBLISH
AWAN
MEMBEKU TIMBUL AIRSALJU
BERTEPEK DIGUNUNG MENGGEGEL BADANKU CUACA SEJUK NIKMAT TERKEDU YA ALLAH NIKMATMU HINGGA IMAN MEMBEKU FIKIRAN MERAWANG ILHAM TANGIS SENDU ISLAM BERJUANG PAHLAWAN SODOK SUDU ILMU TERBUANG IBADAH TERKUBUR BILAKAH AYAT AL-QURAN TERPAHAT SUBUR ANAK PADI SEMAKIN TUMBUH BUMI TERSADAI TANAMAN MENJALUR INSAN DIBUMI SEMAKIN JAUH SUNNATULLAH SEMAKIN KELIRU DIATUR
LOGGED
İLMU
YANG BENAR MEMBUAHKAN AMAL İMAN YANG TEGUH
HUBUNGAN DENGAN UKHUWAHFILLAH PERPADUAN UMMAH SEUTUH
·
REPLY #2 13 JANUARY, 2009, 08:04:24 PM
· PUBLISH
GURINDAM JIWA TUAI PADI ANTARA MASAK ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN INTAI KAMI ANTARA NAMPAK ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN ANAK CINA PASANG LUKAH LUKAH DIPASANG DI TANJUNG JATI DI DALAM HATI TIDAK KU LUPA SEBAGAI RAMBUT BERSIMPUL MATI BATANG SELASIH PERMAINAN BUDAK DAUN SELASIH DIMAKAN KUDA BERCERAI KASIH TALAK TIADA SERIBU TAHUN KEMBALI JUGA BURUNG MERPATI TERBANG SERIBU HINGGAP SEEKOR DI TENGAH LAMAN HENDAK MATI DI HUJUNG KUKU HENDAK BERKUBUR DI TAPAK TANGAN KALAU TUAN MUDIK KE HULU CARIKAN SAYA BUNGA KEMBOJA KALAU TUAN MATI DAHULU NANTIKAN SAYA DI PINTU SYURGA
«
LAST EDIT: 13 JANUARY, 2009,
08:06:57 PM BY HAIRIL.ABUBAKAR »
LOGGED
"YA
TUHAN KAMI, ANUGERAHKANLAH KEPADA KAMI ISTERI-ISTERI KAMI DAN KETURUNAN KAMI
SEBAGAI PENYENANG HATI (KAMI) DAN JADIKANLAH KAMI IMAM KEPADA ORANG-ORANG
YANG BERTAQWA." [SURAH AL-FURQAN: 74] HTTP://HAIRILABUBAKAR.BLOGSPOT.COM/
REPLY #3 04 APRIL, 2009, 04:30:34 AM
· PUBLISH
SEMUA
ORANG BERGELANG TANGAN,
SAYA SEORANG BERGELANG KAKI, SEMUA ORANG BERKATA JANGAN, SAYA SEORANG MENGIKUT HATI.
LOGGED
"AKU
AKAN MEMBELIMU; MASAMU; NAFASMU; HARTAMU; DAN HIDUPMU. HABISKAN SEMUA ITU
KEPADA-KU. PALINGKAN SEMUA ITU KEPADA-KU. DAN KU-BAYAR DENGAN KEBEBASAN,
KEAGUNGAN DAN KEARIFAN ILAHIAH. INILAH HARGAMU DI MATA-KU.
PULAU PANDAN JAUH KETENGAH, GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA, HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH, BUDI BAIK DIKENANG JUA. PISANG EMAS BAWA BELAYAR, MASAK SEBIJI DI ATAS PETI, HUTAN EMAS BOLEH KU BAYAR HUTANG BUDI KU BAWA MATI. KALAU ADA SUMUR DI LADANG, BOLEH SAYA MENUMPANG MANDI. JIKA ADA UMUR YANG PANJANG, BOLEH KITA BERJUMPA LAGI. |
No comments:
Post a Comment