Friday, April 4, 2014

ORANG KAYA TIDAK BERHAK MASUK SURGA JIKA



DEMI KEADILAN TUHAN , ORANG KAYA TIDAK BERHAK MASUK SURGA JIKA…

HM.Rakib Ciptakarya Pekanbaru Riau Indonesia.2014

Bahkan Al~Qur'an pun menggunakan ungkapan serupa :

 Q.S .Al-A’raf ( 7) :40
"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak (pula) mereka masuk surga,
hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan."


TANYA :
Saya membaca sebuah ayat di alkitab yang berkata : Lebih mudah seekor unta masuk melalui lubang jarum daripada seorang kaya masuk kedalam kerajaan sorga...
Apakah 'lubang jarum' yang dimaksud dalam ayat ini adalah lubang jarum dalam arti sebenarnya, ataukah lubang jarum nama sebuah tempat di israel (saya pernah mendengar dari kotbah)...

JAWAB :
* Matius 19:24
LAI TB, Sekali lagi Aku berkata kepadamu, lebih mudah seekor unta masuk melalui lobang jarum dari pada seorang kaya masuk ke dalam Kerajaan Allah.
KJV, And again I say unto you,
It is easier for a camel to go through the eye of a needle, than for a rich man to enter into the kingdom of God.
TR, παλιν δε λεγω υμιν ευκοπωτερον εστιν καμηλον δια τρυπηματος ραφιδος διελθειν η πλουσιον εις την βασιλειαν του θεου εισελθειν
Translit Interlinear, palin {lagi} de {dan} legô {Aku berkata} humin {kepada kalian} eukopôteron {lebih mudah} estin {ia adalah} kamêlon {unta} dia {melalui} trupêmatos {mata} raphidos {jarum} dielthein {untuk masuk} ê {daripada} plousion {orang kaya} eis {ke dalam} tên basileian {Kerajaan} tou theou {Allah} eiselthein {untuk masuk}

Markus 10:25
LAI TB, Lebih mudah seekor unta melewati lobang jarum dari pada seorang kaya masuk ke dalam Kerajaan Allah.
KJV, It is easier for a camel to go through the eye of a needle, than for a rich man to enter into the kingdom of God. TR, ευκοπωτερον εστιν καμηλον δια της τρυμαλιας της ραφιδος εισελθειν η πλουσιον εις την βασιλειαν του θεου εισελθειν
Translit Interlinear, eukopôteron {lebih mudah} estin {ia adalag} kamêlon {unta} dia {melalui} tês trumalias {mata} tês raphidos {jarum} eiselthein {untuk masuk} ê {daripada} plousion {orang kaya} eis {ke dalam} tên basileian {Kerajaan} tou theou {Allah} eiselthein {untuk masuk}


* Lukas 18:25
LAI TB, Sebab lebih mudah seekor unta masuk melalui lobang jarum dari pada seorang kaya masuk ke dalam Kerajaan Allah.
KJV, For it is easier for a camel to go through a needle's eye, than for a rich man to enter into the kingdom of God. TR, ευκοπωτερον γαρ εστιν καμηλον δια τρυμαλιας ραφιδος εισελθειν η πλουσιον εις την βασιλειαν του θεου εισελθειν
Translit Interlinear, eukopôteron {lebih mudah} gar {karena} estin {ia adalah} kamêlon {unta} dia {melalui} trumalias {mata} raphidos {jarum} eiselthein {untuk masuk} ê {daripada} plousion {orang kaya} eis {ke dalam} tên basileian {Kerajaan} tou theou {Allah} eiselthein {untuk masuk}


Tidak diketahui pasti apakah ada tempat di Israel bernama "lubang jarum" di era Yesus Kristus karena kota Yerusalem tempo doeloe sudah hancur.

Dewasa ini memang ada dua gerbang, yang besar dan yang kecil, dan yang kecil disebut "mata jarum" namun gerbang itu baru ada belakangan, tidak dapat dibuktikan bahwa gerbang atau pintu itu sudah ada di zaman Yesus Kristus.

PRESIDEN TERMISKIN DI DUNIA
Ahmadinejat asal Iran dan Jose dari Uruguway, adalah presiden termiskin di dunia.Betapa kata-kata Memiliki kekuatan yang Luar Biasa, Apabila kita mampu menyusunnya dengan indah, Bukan saja mampu menggetarkan setiap jiwa, Namun juga mampu Menakhlukkan Dunia

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEghXTZvYNHTYVlz_xYq6Z9RJJXj_7G07XPZA_aG4JHYPQnbHYzrhuSsx7SOawZwiHPOhwPuTru266xn8IM5UM1YU2QwRMXCz8K8WqRj75hVMfNA6QY-SDQ83w7NQQIE-SnfRbFx1e5wCOo_/s320/Jose+Mujica3.jpg

Nabi Muhammad s.a.w, dekat dengan golongan miskin termasuk anaknya sendiri. Walaupun beliau pemimpin negara, tetapi baginda dan anak-anaknya tidak kaya dan tidak berharta.  (Amacam, boleh cari pemimpin seperti ini sekarang?)

Dan jika Rasulullah masuk ke dalam suatu majlis, baginda akan duduk bersama-sama dengan orang-orang miskin. Baginda tidak sombong dan bermegah dengan kedudukan dan pangkat. Baginda adalah seorang manusia yang sangat tawadhu' dan rendah diri.

Adakah kita sekarang ini suka bersama orang-orang miskin?  Mungkin ketika dekat pilihanraya saja, ataupun ketika-ketika untuk memancing undi. Bukannya setiap hari seperti yang Nabi Muhammad s.a.w lakukan. Malah kita agaknya lebih suka bersama golongan-golongan berada agar duit poket kita tidak terbang malah semakin masyuk.

Dari Haritsah bin Wahab r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:  "Sukakah engkau semua saya beritahu, siapakah ahli syurga itu? Mereka itu setiap orang yang lemah dan dianggap lemah oleh para manusia, tetapi jikalau dia bersumpah atas Allah, pastilah Allah mengabulkan apa yang disumpahkannya itu. Sukakah engkau semua saya beritahu, siapakah ahli neraka itu? Mereka itu ialah setiap orang yang 'utul (keras), jawwazh (bakhil) tetapi gemar mengumpulkan harta, lagi pula bongkak." (Muttafaq 'alaih)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Syurga dan neraka itu saling berbantah-bantahan. Neraka berkata: "Di dalamku ada orang-orang yang keras kepala - gemar memaksakan kehendaknya pada orang lain - serta orang-orang yang congkak." Syurga berkata: "Di dalamku ada para manusia yang lemah-lemah serta kaum fakir miskin." Allah lalu memutuskan perbantahan mereka itu dan firmanNya: "Engkau itu, syurga, sesungguhnya adalah tempat kerahmatanKu, yang Aku merahmati denganmu itu siapa saja yang Kukehendaki, sedang engkau neraka, sesungguhnya adalah tempat penyiksaanKu, yang Aku menyiksa denganmu siapa saja yang Kuhendaki. Atas kehendakKu pula lah kedua-duanya itu siapa-siapa yang akan diisikannya." (Hadith Riwayat Muslim)

Dari Usamah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Saya berdiri di pintu syurga, tiba-tiba - saya lihat -  kebanyakan orang yang memasukinya itu adalah orang-orang miskin, sedang orang-orang yang mempunyai kekayaan masih tertahan - belum lagi diizinkan untuk masuk syurga. Tetapi para ahli neraka sudah semua diperintahkan untuk masuk neraka. Saya juga berdiri di pintu neraka, tiba-tiba -saya lihat - kebanyakan para ahli neraka itu adalah kaum wanita." (Muttafaq 'alaih)



Fakir miskin hampir kepada kekufuran?

Abul Laits berkata: "Abu Ja'far meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhudri r.a. berkata: "Ya Allah, matikan aku sebagai orang fakir miskin dan jangan dimatikan aku kaya dan kumpulkan aku di mahsyar dalam rombongan orang-orang miskin pada hari kiamat, maka sesungguhnya yang amat celaka ialah orang yang miskin di dunia dan tersiksa di akhirat."

Walaupun orang fakir dan miskin banyak kelebihannya untuk akhirat, akan tetapi perlu berhati-hati juga kerana kefakiran itu sendiri adalah hampir kepada kufur. Kerana apa?  Kerana jika seseorang itu terlalu terdesak hidupnya, maka jika kesabaran tiada, akan jadilah dia membuat sesuatu di luar batasan. Dan adakalanya hingga memarahi Tuhan dan tidak berpuas hati dengan nasib yang diterima, na'uzubillah. 

"Hampir orang yang fakir miskin itu membawa kepada kekufuran." (Hadith Riwayat Abu Namin daripada Anas).  Walaubagaimana pun, hadith ini lemah pada sanadnya.

Kekufuran tidak semestinya berlaku kepada orang-orang fakir miskin semata. Ianya terletak kepada kesabaran masing-masing. Tanpa kesabaran yang baik, seseorang yang banyak harta sekali pun boleh menjadi kufur dan tidak berpuas hati dengan apa yang diterimanya. Jika diberi ujian sedikit akan berkeluh kesah lebih dari sepatutnya, marah-marah dan mengutuk takdir. Ini biasa berlaku pada sesiapa saja, bukan sahaja orang-orang fakir miskin.

Yang menjadi masalahnya lagi ialah jika miskin dan suka meminta-minta pada orang hingga menyusahkan orang lain. Ini sememangnya tidak digalakkan. Tetapi jika seseorang miskin itu tidak meminta-minta pada orang lain, jangan pula kita menghinanya dan menjauhinya.  Yang mengatakan orang-orang miskin itu menyusahkan ialah orang-orang yang tidak faham Agama Islam. Kerana Allah adakan orang miskin agar orang kaya dapat buat amal kebaikan dengan hartanya, bukan disuruh menghina dan merendah-rendahkan.

Lagi pun manusia sudah diberikan tahap pemikiran dan rezeki masing-masing. Ada yang tidak mampu untuk mencari banyak. Dan ada juga yang mampu tetapi malas, cuma mungkin suatu masa nanti dia akan menyesal dengan kemalasan itu dan mahu berusaha, tetapi agak terlambat baginya. Walaupun begitu, bukan urusan kita untuk mengutuk dan menghina, atas kesilapan masa lampaunya.

Antara agenda-agenda manusia-manusia yang gila dunia sememangnya mereka cuba untuk menghina dan merendahkan orang-orang miskin. Kerana sebenarnya mereka sayang dengan harta mereka dan sedaya upaya cuba untuk menyuruh agar orang-orang miskin itu mencari kekayaan dengan sendiri, agar harta-harta orang-orang kaya tadi tidak terlepas ke tangan orang lain.


Kelebihan orang Fakir dan Miskin

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjNMJWgjek3OWaAmr21TaaXN5uplbXcgFE60qvK3ilyBwmTFYAYM1velo4ar4hORpiGRV6S5_bYjB5-qNnJ26qYGX0tWAsyJBaxdKQw56C_d1ykpg0H8fagXX3TjUDYac2TbG6HAcJsrQM/s400/poor-people.jpg
Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas bin Malik r.a. berkata: "Orang-orang fakir mengutuskan utusan mereka kepada Nabi Muhammad s.a.w. maka berkata: "Ya Rasulullah, saya utusan fakir kepadamu." Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Selamat datang kepadamu dan kepada orang-orang yang mengutuskanmu, engkau datang dari orang-orang yang dicintai Allah s.w.t." Utusan itu berkata: "Ya Rasulullah, orang-orang miskin berkata: "Bahawa orang-orang kaya telah memborong semua kebaikan, mereka berhaji dan kami tidak dapat, dan mereka sedekah sedang kami tidak dapat, dan jika sakit mereka mengirim wang untuk tabungan mereka." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sampaikan kepada orang fakir daripadaku: "Bahawa siapa yang sabar dari kamu akan mengharap pahala dari Allah s.w.t. Maka dia akan mendapat tiga macam yang tidak boleh didapati oleh orang-orang yang kaya iaitu:

Di dalam syurga ada kamar dari yaqut yang merah, orang-orang syurga itu melihat tempat itu sama dengan orang dunia jika melihat bintang dilangit, tidak dapat masuk ke situ kecuali Nabi yang fakir atau orang yang mati syahid yang fakir atau seorang mukmin yang fakir.

Orang fakir yang masuk syurga sebelum orang kaya sekadar setengah hari iaitu sekira lima ratus tahun, mereka bersuka-suka dengan bebas dan Nabi Sulaiman bin Daud a.s. akan masuk sesudah nabi-nabi yang lainnya sekira-kira empat puluh tahun disebabkan oleh kerajaan yang diberikan Allah s.w.t. kepadanya.

Jika orang fakir membaca: Subhanallah walhamdulillah walaa ilaha illalah wallahu akbar dengan tulus ikhlas dan orang kaya membaca itu, maka orang kaya itu tidak dapat mengejar orang fakir meskipun ditambah dengan sedekah sepuluh ribu dirham. Demikian amal-amal kebaikan yang lain-lainnya

Maka kembalilah utusan itu memberitahu kepada orang-orang fakir miskin apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. itu kepada mereka, maka mereka berkata: "Kami redha, ya Tuhan, kami puas, ya Tuhan."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Dzar r.a. berkata: "Saya dipesan oleh junjunganku Nabi Muhammad s.a.w. tujuh macam yang tidak sampai saya tinggalkan dan tidak akan saya tinggal semua itu iaitu:

Saya dipesan supaya suka kepada orang-orang miskin dan mendekati mereka

Saya dipesan supaya selalu melihat kepada orang-orang yang di bawahku dan tidak melihat pada orang-orang yang di atasku

Saya dipesan supaya tetap menghubungi kaum kerabat meskipun mereka jauh dan memutuskan hubungan

Saya dipesan supaya memperbanyakkan membaca: Laa haula walaa quwwata illa billahi, kerana itu sebagai perbendaharaan kebaikan atau tabungannya

Saya dipesan supaya jangan minta apapun dari sesama manusia

Saya dipesan supaya jangan takut didalam melaksanakan hukum Allah s.w.t. dari cela (ejekan) orang-orang yang mengejek

Saya dipesan supaya selalu berkata benar meskipun pahit dan berat

Dan adanya Abu Dzar jika jatuh pecut dari tangannya sedang ia diatas kenderaannya, maka tidak suka minta tolong kepada orang untuk mengambilkannya.

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Al-A'masy dari Khaitsamah berkata: "Malaikat  berkata: "Ya Tuhan, hambaMu yang kafir itu Engkau lapangkan dunianya dan Engkau jauhkan daripada bala." Jawab Allah s.w.t.: "Kamu buka tempat siksanya." Dan ketika dilihat oleh malaikat mereka berkata: "Ya Robbi, tidak berguna apa yang mereka dapat dari dunia itu." Lalu malaikat itu berkata: "Ya Tuhan, hambaMu yang mukmin Engkau jauhkan daripadanya dunia dan Engkau hidangkan kepada bala." Allah s.w.t. berfirman:" Bukalah tempat pahalanya." Maka jika telah dilihat oleh malaikat, mereka berkata: "Tidak apalah bagi mereka apa yang mereka derita di dunia."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Dzar Alghifari r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (Yang berbunyi): "Almuktsirun humul asfalun, illa man qaala bilmaali hakadza wahaa kadzaa waha kadza wahaa kadza wa qaliilun maahum." (Yang bermaksud): "Orang-orang yang banyak hartanya itu kelak yang paling bawah tempat mereka kecuali yang menggunakan harta itu begini dan begini dan begini dan begini dan begini (Yakni sedekah ke kanan, ke kiri, ke depan, ke belakang) Dan sedikit yang sedemikian."

Abul Laits berkata: "Orang kaya itu tempatnya di bawah orang yang miskin baik di syurga atau di neraka, kecuali orang yang selalu sedekah ke kiri kanan, depan belakang dan sedikit sekali yang sedemikian sebab syaitan laknatullah merintangi mereka untuk sedekah."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Syaitan laknatullah berkata: "Orang kaya tidak dapat selamat dari tiga macam iaitu:

Saya perhias didalam pandangannya sehingga tidak dikeluarkan kewajipannya atau

Saya ringankan tangannya sehingga dikeluarkan tidak pada tempatnya atau

Saya cintakan dalam hatinya sehingga ia berusaha mendapatkannya walau tidak halal

Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (Yang berbunyi): "Allahumma man ahabbani farzuqhul afafaa walkafaafa, waman abghadhani faaktsir maalahu wawaladahu." (Yang bermaksud): "Kefakiran itu sukar di dunia senang di akhirat dan kekayaan itu kesenangan di dunia dan kerosakan di akhirat."

Anas bin Malik r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (Yang berbunyi): "Inna likulli ahad hirfah, wahirfati itsnataan: Alfakru wal jihad, faman ahabbahuma faqad ahabbani waman abghadhahuma faqad abghadhani." (Yang bermaksud): "Tiap orang ada kesukaannya (pekerjaannya) dan kesukaanku fakir dan jidah, maka siapa suka pada keduanya bererti suka kepadaku dan siapa membenci keduanya itu bererti benci kepadaku."

Abul Laits berkata: "Seharusnya seorang muslim suka kepada orang fakir meskipun dia kaya, sebab cinta kepada orang fakir itu bererti cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan juga Allah s.w.t. menyuruh Nabi Muhammad s.a.w. supaya cinta kepada orang-orang fakir miskin sepertimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): "Wasbir nafsaka ma alladzina yad uuna robbahum bil ghadaati wal asyiyi yuriduuna wajhahu." (Yang bermaksud): "Dan sabarkan dirimu berkumpul dengan orang-orang yang selalu berdoa kepada Tuhan pagi dan petang semata-mata kerana mengharap keredhaanNya." (Surah Alkahfi : ayat 28)

Sebab turun ayat ini kerana Uyainah bin Hishin Alfazari tokoh Bani Fazarah masuk ketempat Nabi Muhammad s.a.w. sedang di situ ada Salman Al-farisi. Shuhaib bin Sinan Arrumi dan Bilal Alhabasyi dan lain-lainnya dari kaum dhu'afaa' (yang lemah lembut), mereka dengan pakaian yang buruk dan berbau peluh mereka, maka Uyainah berkata: "Kami ini adalah bangsawan dan mempunyai harga diri, maka bila kami masuk kepadamu, maka keluarkan orang-orang itu sebab mereka mengganggu kami dengan bau dan berilah kepada kami waktu sendiri duduk bersamamu." Maka Allah s.w.t. melarang Nabi Muhammad s.a.w. mengusir mereka dan diperintahkan supaya sabar berkumpul dengan orang-orang yang tidak meninggalkan sembahyang lima waktu kerana mengharap keredhaanNya. Allah s.w.t. berfirman; "Dan jangan engkau palingkan pandanganmu dari mereka kerana menginginkan kemewahan dunia, dan jangan menurut kepada orang yang telah Kami lalaikan hatinya dari peringatan (ajaran) Kami, dan hanya menurutkan hawa nafsunya, maka semua urusan halnya sia-sia belaka." (Surah Alkahfi : ayat 28)

Dan perintah kepada Nabi Muhammad s.a.w. ini berlaku kepada semua kaum muslimin sampai hari kiamat, kerana itu seharusnya tiap muslim harus suka dan baik kepada orang fakir miskin, serta  berbudi kepada mereka kerana mereka orang-orang terkemuka di sisi Allah s.w.t. dan dapat diharapkan syafaat mereka.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiigfVI8D4bH29yBm4Az6yhvrAQHSgtKzkWx3DVGDPkpCUmWwyTMzsURhjTyB44iDqnzC7Sg0qoUk4LpNG918J25V2cW0C9AmcPs5Gq2HZd29ZwXHj2TcDzvRfTxIkAlFMR7O3QoyPMWkU/s400/orang+miskin.jpg
Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Perbanyaklah kenalan orang-orang fakir miskin dan berbudilah kepada mereka kerana mereka kelak akan mendapat kekuasaan." Sahabat bertanya: "Apakah kekuasaan mereka, ya Rasulullah?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Bila tiba hari kiamat maka dikatakan kepada mereka: "Perhatikan siapa yang dahulu pernah memberimu makanan atau minuman seteguk atau pakaian sehelai baju, maka peganglah tangannya dan pimpinlah ke syurga."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sukakah saya beritahu kepadamu tentang raja-raja di syurga?" Jawab mereka: "Ya, baiklah ya Rasulullah." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Mereka orang-orang yang terhina dan teraniaya, yang tidak diterima untuk mengahwini wanita-wanita bangsawan dan hartawan dan tidak dibukakan bagi mereka pintu-pintu yang tertutup, mati seseorang dari mereka sedang hajatnya masih di dalam dadanya belum tercapai tetapi sekiranya sungguh-sungguh minta kepada Tuhan pasti Allah s.w.t. akan memberi padanya."

Ibn Abbas r.a. berkata: "Mal'un (terkutuk) siapa yang menghormat kerana kekayaan dan menghina kerana kemiskinan."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Allah s.w.t. tidak mewahyukan kepadaku supaya mengumpulkan harta dan menjadi pedagang tetapi Allah s.w.t. mewahyukan kepadaku supaya bertasbih dan tahmid kepada Tuhan dan selalu bersama-sama orang-orang yang sujud dan ibadatlah kepada Tuhanmu sehingga mati (mencapai keyakinan yang sesungguhnya.)."

Ibn Abbas r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiap ummat ada fitnah (ujiannya) sendiri-sendiri, dan ujian ummatku adalah harta kekayaan."

Abdullah bin Umar r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya makhluk yang sangat dikasihi oleh Allah s.w.t. ialah orang yang fakir miskin sebab manusia yang amat dikasihi oleh Allah s.w.t. ialah para Nabi, maka Allah s.w.t. menguji mereka dengan kefakiran kemiskinan."

“Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperolehi di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan?” (Surah Huud : 15-16)
Tidak seperti kebanyakan politisi yang gaya hidupnya jauh berbeda dengan pemilih mereka, Presiden Uruguay Jose Mujica menyumbangkan sebagian besar gajinya dan tinggal di rumah pertanian sangat sederhana.

Cucian pakaian tergantung di luar rumahnya. Air masih diambil dari semua sumur di halaman yang tertutup rumput liar. Hanya dua petugas polisi dan anjing dengan tiga kaki bernama Manuela yang berjaga di luar.


Berbeda dengan kebanyakan pemimpin dunia, Presiden Mujica memilih menjauhi rumah mewah yang disediakan pemerintah Uruguay untuk pemimpin negara dan memilih tinggal di rumah pertanian sang isteri yang berada jauh dari ibu kota Montevideo.

Menurut laporan BBC, Presiden Mujica dan istrinya mengerjakan sendiri lahan pertanian dan menanaminya dengan bunga.

Dia juga menyumbangkan sekitar 90 persen pendapatan bulanannya (sekitar 12.000 dolar AS) untuk amal, sehingga penghasilannya dalam satu bulan sama dengan rata-rata gaji buruh Uruguay yakni 775 dolar AS per bulan.

Kehidupan sederhana Presiden Mujica membuat dia mendapat julukan sebagai presiden termiskin di dunia.

"Saya sudah hidup seperti ini hampir sepanjang saya," katanya sambil duduk di kursi tua di kebunnya, menggunakan bantal Manuela.

"Saya bisa hidup dengan baik dengan apa yang saya miliki," katanya kepada BBC.

Menurut laporan harta kekayaan tahunan pejabat negara Uruguay, tahun 2010 kekayaan Presiden Mujica hanya 1.800 dolar AS, nilai dari sebuah mobil Volkswagen Beetle tahun 1987 miliknya.

Tahun ini dia menambahkan aset istrinya berupa lahan, traktor dan sebuah rumah sehingga nilainya bertambah menjadi 215.000 dolar AS.

Namun jumlah tersebut hanya sekitar dua pertiga dari kekayaan Wakil Presiden Uruguay, Danilo Astoria, yang dilaporkan dan sepertiga dari kekayaan pendahulunya, Tabare Vasquez.

Mujica yang terpilih menjadi Presiden tahun 2009, menghabiskan tahun 1960-an dan 1970-an dia menjadi bagian dari kelompok gerilyawan Tupamaros, kelompok bersenjata sayap kiri yang terinspirasi revolusi Kuba.

Dia tertembak enam kali dan menghabiskan waktu selama 14 tahun di penjara. Dia melalui masa penahanan dan isolasi yang sulir sebelum dibebaskan tahun 1985, ketika Uruguay kembali ke demokrasi.

Tahun-tahun selama di penjara, kata Mujica, ikut membentuk pandangannya tentang hidup.

"Saya disebut sebagai presiden termiskin, tapi saya tidak merasa miskin. Orang miskin adalah mereka yang hanya bekerja untuk mempertahankan gaya hidup mahal, dan selalu ingin lebih dan lebih," katanya.

"Ini adalah masalah kebebasan. Jika Anda tidak punya banyak harta maka Anda tidak perlu bekerja seperti budak untuk menopangnya, dan karenanya Anda punya lebih banyak waktu untuk diri sendiri," ujar dia.

"Saya mungkin terlihat seperti lelaki tua eksentrik,,... tapi ini adalah sebuah pilihan bebas," tambah dia.

Pemimpin Uruguay ini menyampaikan pendapat yang sama ketika memberikan sambutan di KTT Rio +20 Juni lalu.



"Kita semua berbicara tentang pembangunan berkelanjutan untuk keluar dari kemiskinan. Tapi apa yang kita pikirkan? Apakah kita menginginkan model pembangunan dan konsumsi dari negara-negara kaya?"

"Saya bertanya sekarang: apa yang terjadi di planet ini kalau orang India punya proporsi mobil per rumah tangga yang sama dengan Jerman? Berapa banyak oksigen yang kita sisakan?"

"Apakah planet ini punya cukup sumber daya sehingga tujuh atau delapan miliar penduduknya bisa punya tingkat konsumsi dan sampah sama dengan masyarakat kaya saat ini? Konsumsi berlebihan seperti inilah yang membahayakan planet kita."

"Apakah bumi memiliki sumber aya yang cukup dan bisa menyamai tingkat konsumsi dan limbah yang dihasilkan masyarakat. Konsumsi berlebihan seperti ini yang merugikan planet kita?" tuturnya.

Mujica menyatakan kebanyakan pemimpin dunia memiliki sebuah "obsesi buta untuk mencapai pertumbuhan ekonomi dengan konsumsi warganya, seperti dunia akan berakhir kalau itu tidak dilakukan."

Meski perbedaan Mujica yang vegetarian dengan pemimpin dunia yang lain sangat besar, namun dia tetap tidak kebal dari naik turunnya kehidupan politik.

"Banyak yang simpati pada Presiden Mujica karena hidupnya yang sederhana. Tapi ini tidak melepaskan dia dari kritik terhadap pemerintahannya," kata pengumpul pendapat umum di Uruguay, Ignacio Zuasnabar.

Oposisi Uruguay menyebut keadaan ekonomi negara saat ini tidak menghasilkan pelayanan kesehatan dan pendidikan yang lebih baik dan bahwa sejak pertama terpilih popularitas Presiden Mujica sudah turun menjadi di bawah 50 persen suara.

Tahun ini ia juga diserang karena dua langkah kontroversialnya. Kongres Uruguay baru-baru ini mensahkan peraturan yang melegalkan aborsi untuk masa kehamilan sampai 12 pekan. Tidak seperti pendahulunya, Mujica tidak mem-veto keputusan itu.

Dia juga mendukung sebuah debat tentang legalisasi konsumsi ganja, dalam ketentuan yang juga akan memberikan monopoli kepada negara dalam mengelola perdagangannya.

"Konsumsi ganja bukan hal paling mengkhawatirkan, transaksi obat terlarang lah masalah sebenarnya," kata dia.

Namun dia tidak terlalu khawatir dengan peringkat kepopulerannya, yang menurut hukum di Uruguay berarti dia tak bisa mengikuti pemilihan lagi tahun 2014.

Dia memutuskan untuk pensiun dari dunia politik pada usia 77 tahun. Saat itu dia akan mendapat pensiun dari pemerintah - dan tak seperti mantan presiden yang lain, penurunan pendapatan itu tak akan menjadi masalah bagi dia - .Jakarta (ANTARA News)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfhv7WQS7rVRjbxz_0AwHgvIpVGDCwfZydQIZ9ovnjQn_zEiCdtZIq79xe_6DFd6AdbgsauHMoSGZpRl9lvSaAwvKpzV-EBqoZN8Xq1Cylh9M-05n0soOEyF5ZA6QH2alu5xEMwMRrpuqu/s1600/Jose+Mujica.jpg


Penerjemah: Tria Dianti

Editor: Maryati

COPYRIGHT © 2012
Bagikan Artikel :
Di tulis oleh: Mas Rozi
authorTerima Kasih Anda Baru saja membaca Artikel yang Berjudul Jose Mujica, presiden termiskin di dunia Jika menurut anda bermanfaat Silahkan di share ke yg lain, Jangan lupa Tinggalkan jejak di form komentar atau Buku tamu, Semoga bermanfaat Salam Ukhuwah..!!!
Gabung Yuk di:

No comments:

Post a Comment

Komentar Facebook