PANTUN
MUTU PENDIDIKAN  
Apa guna,  memakai sepatu,
Jika tetap, kena  duri,
Bagaimana Pendidikan, Bisa Bermutu,
Muridnya tak bisa,  membantu diri.
Menyuluh ikan, hari
sabtu,
Udara sejuk, angin utara
Jika pendidikan, tidak  bermutu,
Negara malu, rakyat
sengsara.
Jika belayar, di waktu
magrib,
Arus deras,  karangnya tajam
Menteri pendidikan, kurang
 kreatif,
Gnenrasi rusak, negara
tenggelam.
Lancang kuning,  membawa gasing,
Mainan raja,  Sunda Kelapa.
Biar milyaran ,  bantuan asing,
Kekejaman Belanda, jangan
dilupa.
Burung merpati,  hinggap di pintu,
Cenderawasih,  tinggi di awan.
Tabahkan hati,  waspadai penipu,
Pendidikan jangan,  hilang tujuan.
Ikan berenang ke dalam
lubuk,
Ikan belida dadanya
panjang.
Tipuan asing,
bertumpuk-tumpuk,
Indonesia kecurian, bahan
tambang.
Pengawal istana, memegang
tombak,
Puteri raja,  duduk berinai.
Tipuan asing, bgaikan
ombak,
Berlomba-lomba, menuju
pantai.
Sirih berlipat, sirih
pinang 
Sirih dari,  Pulau Mutiara 
Kurikulum baru,  selamat datang 
Kurikulum lama, sedang
disandra. 
Teratak buluh,  panjang suluh 
Ada jembatan, menuju
Rengat. 
Angkat doa,  jari sepuluh 
Biaya pendidikan,jangan
disunat 
Tuailah padi antara
masak 
Esok jangan
layu-layuan 
Tipuan asing, jelas
nampak 
Esoknya jangan, dalam
keraguan. 
Hendak dulang diberi
dulang 
Dulang berisi sagu
mentah 
Hendak pulang ku beri
pulang 
Tinggalkan pantun barang
sepatah 
Lancang kuning lancang
pusaka 
Nampak dari Tanjung
Puan 
Kalau kering laut
Melaka 
Barulah saya lupakan
tuan 
Asam kandis mari
dihiris 
Manis sekali rasa
isinya 
Dilihat manis dipandang
manis 
Lebih manis hati
budinya 
Ayam hutan terbang ke
hutan 
Tali tersangkut pagar
berduri 
Adik bukan saudara
bukan 
Hati tersangkut kerana
budi 
Ayam rintik di pinggir
hutan 
Nampak dari tepi
telaga 
Nama yang baik jadi
ingatan 
Seribu tahun terkenang
juga 
Bila memandang ke muka
laut 
Nampak sampan mudik ke
hulu 
Bila terkenang mulut
menyebut 
Budi yang baik ingat
selalu 
Burung Serindit terbang
melayang 
Mari hinggap di ranting
mati 
Bukan ringgit dipandang
orang 
Budi bahasa rangkaian
hati 
Bukan lebah sebarang
lebah 
Lebah bersarang di pohon
kayu 
Bukan sembah sebarang
sembah 
Sembah adat pusaka
Melayu 
Bukan lebah sebarang
lebah 
Lebah bersarang di rumpun
buluh 
Bukan sembah sebarang
sembah 
Sembah menyusun jari
sepuluh 
Laksamana berempat di
atas pentas 
Cukup berlima dengan
gurunya 
Bagaikan dakwat dengan
kertas 
Sudah berjumpa dengan
jodohnya 
Membeli papan di tengah
pekan 
Papan kecil dibuat
tangkal 
Mengapa umpan ikan tak
makan 
Adakah kail panjang
sejengkal 
Rumah limas anjung
Selatan 
Bunga kemuning tumbuh di
laman 
Tangkainya emas bunganya
intan 
Bolehkah ranting hamba
patahkan 
Tumbuh betik di tepi
laman 
Pokok berangan pokok
teruntum 
Sungguh cantik bunga di
taman 
Bolehkah gerangan petik
sekuntum 
Asam kandis asam
gelugur 
Ketiga asam si
riang-riang 
Menangis mayat di pintu
kubur 
Teringat badan tidak
sembahyang 
Baik-baik menanam
selasih 
Jangan menimpa sipohon
sena 
Baik-baik memilih
kekasih 
Jangan sampai badan
merana 
Baik-baik mengail
tenggiri 
Takut terkena siikan
parang 
Baik-baik merendah
diri 
Jangan menjadi hamba
orang 
Bintang tujuh sinar
berseri 
Bulan purnama datang
menerpa 
Ajaran guru hendak
dicari 
Mana yang dapat janganlah
lupa 
Buah mangga melendur
tinggi 
Buah kuini berangkai tiga 
Hidup kita tidur dan
mati 
Sudah mati baru
terjaga 
Buat bangsal di Pulau
Daik 
Menahan taut sambil
mengilau 
Kalau asal benih yang
baik 
Jatuh ke laut menjadi
pulau 
Budak-budak bermain
tombak 
Tombak diikat dengan
rantai 
Kalau takut dilambung
ombak 
Jangan berumah di tepi
pantai 
Halia ini
tanam-tanaman 
Ke barat juga akan
condongnya 
Dunia ini
pinjam-pinjaman 
Akhirat juga akan
sungguhnya 
Hari panas mencucuk
benang 
Benang menjahit baju
kebaya 
Air jernih lubuknya tenang 
Jangan disangka tiada
buaya 
Kalau tahu peria tu
pahit 
Tidak ku gulai dengan
petola 
Kalau tahu bercinta tu
sakit 
Tidak ku mulai dari
semula 
Kalau tuan pergi ke
Kelang 
Belikan saya semangkuk
rojak 
Jangan diturut resmi
kiambang 
Sungguhpun hijau akar tak
jejak 
Pisang kelat digonggong
helang 
Jatuh ke lubuk di
Indragiri 
Jika berdagang di rantau
orang 
Baik-baik menjaga
diri 
Asap api embun
berderai 
Patah galah haluan
perahu 
Niat hati tak mahu
bercerai 
Kehendak Allah siapa yang
tahu 
Air dalam bertambah
dalam 
Hujan di hulu belumlah
teduh 
Hati dendam bertambah
dendam 
Dendam dahulu belumlah
sembuh 
Anak punai anak
merbah 
Hinggap ditonggak mencari
sarang 
Anak sungai lagikan
berubah 
Inikan pula hati
orang 
Apa guna pasang
pelita 
Jika tidak dengan
sumbunya 
Apa guna bermain
kata 
Kalau tidak dengan
sungguhnya 
Buah kuini jatuh
tercampak 
Jatuh menimpa bunga
selasih 
Biar bertahun dilambung
ombak 
Tidak ku lupa pada yang
kasih 
Kajang tuan kajang
berlipat 
Kajang hamba mengkuang
layu 
Dagang tuan dagang
bertempat 
Dagang hamba terbuang
lalu 
Buah jambu disangka
kandis 
Kandis ada di dalam
cawan 
Gula madu disangka
manis 
manis lagi senyuman
tuan 
Dari Arab turun ke
Aceh 
Naik ke Jawa berkebun
serai 
Apa diharap pada yang
kasih 
Badan dan nyawa lagi
bercerai 
Bunga Melati
terapung-apung 
Bunga rampai di dalam
puan 
Rindu hati tidak
tertanggung 
Bilakah dapat berjumpa
tuan 
Burung Merak terbang ke
laut 
Sampai ke laut mengangkut
sarang 
Sedangkan bah kapal tak
hanyut 
Inikan pula kemarau
panjang 
Bunga Melur kembang
sekaki 
Mari dibungkus dengan
kertas 
Di dalam telur lagi
dinanti 
Inikan pula sudah
menetas 
Dalam perlak ada
kebun 
Dalam kebun ada
tanaman 
Dalam gelak ada
pantun 
Dalam pantun ada
mainan 
Dari Jawa ke
Bengkahulu 
Membeli keris di
Inderagiri 
Kawan ketawa ramai
selalu 
Kawan menangis seorang
diri 
Dari teluk pergi
pangkalan 
Bermain di bawah pohon
kepayang 
Saya umpama habuk di
papan 
Ditiup angin terbang
melayang 
Daun selalsih di Teluk
Dalam 
Batang kapas Lubuk
Tempurung 
Saya umpama si burung
balam 
Mata terlepas badan
terkurung 
Orang Melayu naik
perahu 
Sedang berdayung hujan
gerimis 
Hancur hatiku abang tak
tahu 
Mulut tertawa hati
menangis 
Orang tani mengambil
nipah 
Hendak dibawa ke
Indragiri 
Seluruh alam ku cari
sudah 
Belum bersua pilihan
hati 
Pasir putih di pinggir
kali 
Pekan menyabung ayam
berlaga 
Kasih tak boleh dijual
beli 
Bukannya benda buat
berniaga 
Ribu-ribu pokok
mengkudu 
Cincin permata jatuh ke
ruang 
Kalau rindu sebut
namaku 
Airmata mu jangan
dibuang 
Kalau roboh kota
Melaka 
Sayang selasih di dalam
puan 
Kalau sungguh bagai
dikata 
Rasa nak mati di pangkuan
tuan 
Limau purut lebat di
pangkal 
Batang mengkudu condong
uratnya 
Hujan ribut dapat
ditangkal 
Hati yang rindu apa
ubatnya 
Kalau menyanyi
perlahan-lahan 
Dibawa angin terdengar
jauh 
Rindu di hati tidak
tertahan 
Di dalam air badan
berpeluh 
Ku sangka nanas atas
permatang 
Rupanya durian tajam
berduri 
Ku sangka panas hingga ke
petang 
Rupanya hujan di
tengahari 
Kayuh perahu sampai
seberang 
Singgah bermalam di
kampung hulu 
Bukan tak tahu dunia
sekarang 
Gaharu dibakar kemenyan
berbau 
lembing atas tangga 
perisai atas busut 
kening atas mata 
misai atas mulut 
anak ikan dipanggang
sahaja 
hendak dipindang tidak
berkunyit 
anak orang dipandang
sahaja 
hendak dipinang tiada
berduit 
saya tak hendak berlesung
pauh 
lesung pauh membuang
padi 
saya tak hendak
bersahabat jauh 
sahabat jauh merisau
hati 
burung serindit terbang
melayang 
singgah dihinggap di
ranting mati 
duit ringgit dipandang
orang 
jarang dipandang bahasa
budi 
batu sangkar batu
berpahat 
terpahat nama raja
bestari 
makanan arif, kias ibarat 
pantun seloka, ulam
jauhari 
daun durian jatuh
tercampak 
lopak-lopak isi
selasih 
tujuh tahun dilambung
ombak 
tiada kulupa hati yang
kasih 
Anak Cik Siti mencari
tuba 
Tuba dicari di Tanjung
Jati 
Di dalam hati tidakkan
lupa 
Bagai rambut tersimpul
mati 
Limau purut di luar
pagar 
Rimbun putik dengan
bunganya 
Hujan ribut padang
terbakar 
Embun setitik padam
apinya 
Puas saya bertanam
ubi 
Nanas jugak dipandang
orang 
Puas saya menabur
budi 
Emas juga dipandang
orang 
Tenang-tenang air di
laut 
Sampan kolek mudik ke
tanjung 
Hati terkenang mulut
menyebut 
rindu kini tiada
penghujung 
Tinggi-tinggi pohon
jati 
Tempat bermain simanja
sayang 
Sungguh tinggi harga
budi 
Budi dibalas kasih dan
sayang 
Bunga Tanjung kembang
semalam 
Pohon tinggi tidak
berduri 
Gelombang besar di laut
dalam 
Kerana Tuan saya
kemari 
Burung merpati terbang
seribu 
Hinggap seekor di tengah
laman 
Hendak mati di hujung
kuku 
Hendak berkubur di tapak
tangan 
Dari mana hendak ke
mana 
Tinggi rumput dari
padi 
Hari mana bulan
mana 
Dapat kita berjumpa
lagi 
Padi ini
semumba-mumba 
Daun kurma daun
cempedak 
Macam mana hati tak
hiba 
Entah bertemu entah
tidak 
Permata jatuh ke
rumput 
Jatuh ke rumput berbilang-bilang 
Dari mata tidakkan
luput 
Dalam hati tidakkan
hilang 
Akar keladi melilit
selasih 
Selasih tumbuh di hujung
taman 
Kalungan budi jujungan
kasih 
Mesra kenangan sepanjang
zaman 
Ayam rintik di pinggir
hutan 
Nampak dari tepi
telaga 
Nama yang baik jadi
ingatan 
Seribu tahun terkenang
juga 
Anak beruk di tepi
pantai 
Pandai melompat pandai
berlari 
Biar buruk kain
dipakai 
Asal hidup pandai
berbudi 
 Kiri jalan kanan
pun jalan 
Tengah-tengah pohon
mengkudu 
Kirim jangan pesan pun jangan 
Sama-sama menanggung
rindu 
Mendung si mega
mendung 
Mendung datang dari
utara 
Jangan selalu duduk
termenung 
Kalau termenung badan
merana 
Pohon mengkudu tumbuhnya
rapat 
Rapat lagi pohon
jati 
Kawan beribu mudah
didapat 
Sahabat setia payah
dicari 
Pokok terap tumbuh di
bukit 
Belat berbanjar panjang
ke hulu 
Jangan diharap guruh di
langit 
Kilat memancar hujan tak
lalu 
Sampan kotak hilir
mudik 
Dayung patah galah
sebatang 
Ikhtiar tidak datang
menggolek 
Akal tidak datang
melayang 
Siti Wan Kembang perintah
Kelantan 
Nama termasyhur zaman
dahulu 
Baik-baik memilih
intan 
Takut terkena kaca dan
batu 
Buah langsat kuning
mencelah 
Senduduk tidak berbunga
lagi 
Sudah dapat gading
bertuah 
Tanduk tidak berguna
lagi 
Dua paya satu
perigi 
Seekor bujuk anak
haruan 
Tuan di sana saya di
sini 
Bagai pungguk rindukan
bulan 
Gesek rebab petik
kecapi 
Burung tempua membuat
sarang 
Apa sebab jadi
begini 
Karam berdua basah
seorang ? 
Hendak gugur gugurlah
nangka 
Jangan menimpa putik
pauh 
Hendak tidur tidurlah
mata 
Jangan mengenang si dia
yang jauh 
Kain batik negeri
seberang 
Dipakai anak Tanah
Melayu 
Apa ertinya kasih dan
sayang 
Kalaulah abang berjanji
palsu 
Pantai Cendering pasirnya
putih 
Anak dagang berulang
mandi 
Apa disesal orang tak
kasih 
Sudah suratan diri
sendiri 
Disana pauh di sini pun
pauh 
Daun mengkudu
ditandungkan 
Adinda jauh kekanda
jauh 
Kalau rindu sama
tanggungkan 
Pulau Tinggi terendak
Cina 
Nampak dari Pulau
Sibu 
Abang pergi janganlah
lama 
Tidak kuasa menanggung
rindu 
Putik pauh delima
batu 
Anak sembilang di tapak
tangan 
Tuan jauh di negri
satu 
Hilang di mata di hati
jangan 

No comments:
Post a Comment