Friday, July 4, 2014

AKIBAT MEMUKUL ANAK TIDAK SHALAT MEMBAYAR UANG PAMPASAN KEPADA ANAK-ANAK MEREKA SENDIRI



AKIBAT MEMUKUL ANAK TIDAK SHALAT MEMBAYAR UANG PAMPASAN  KEPADA ANAK-ANAK MEREKA SENDIRI
Ada kaitannya dengan Disertasi M.Rakib di UIN Suska Riau Indonesia. 17-6-2002
 
Pasangan Malaysia dihukum karena pukul anak

 
Pasangan Malaysia ini ditahan sejak Desember 2013.
Pengadilan Swedia menjatuhkan hukuman penjara terhadap pasangan Malaysia karena memukul empat anak mereka.
Azizul Awalludin, 38, dan istrinya Shalwati Norshal dihukum masing-masing 10 dan 14 bulan penjara karena memukul anak mereka yang berusia antara tujuh sampai 14 tahun dengan tongkat, gantungan baju dan tangan.
Swedia adalah negara pertama di dunia yang melarang hukuman fisik terhadap anak pada 1979 dan sejak itu langkah ini diikuti oleh 36 negara lain.
"Saya telah berbicara dengan klien saya (Awalludin) dan dia tentu saja sangat kecewa dan menyanggah dakwaan itu," kata kuasa hukum Jonas Tamm kepada kantor berita AFP.
Pengadilan menolak klaim kuasa hukum bahwa anak tertua yang melakukan pemukulan yang disebutkan terjadi dalam periode tiga tahun.
Pasangan Malaysia itu berada di Swedia dalam tugas untuk Pariwisata Malaysia namun tidak memiliki kekebalan diplomatik.
Klik Mereka ditahan di Stockholm sejak Desember 2013 setelah staf di sekolah anak-anak mereka melaporkan kecurigaan kepada dinas sosial.
Kasus itu mengejutkan pegiat hak anak di Swedia.
Namun di Malaysia, kasus itu menimbulkna kemarahan karena memukul anak bukan kejahatan di negara itu.
Perdana Menteri Malaysia Najib Razak menyambut anak-anak itu kembali ke Malaysia tanggal 1 Februari lalu dan menawarkan bantuan untuk pasangan suami istri itu.
·         Pasangan Malaysia yang dituduh mendera anak-anak mereka di Sweden didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Daerah Solna pada Jumaat, 28 Mac 2014.
·         Shalwati Norshal dijatuhi hukuman penjara selama 14 bulan manakala Azizul Raheem Awalluddin dikenakan hukuman penjara 10 bulan kerana dia didapati bersalah mengasari tiga anak anaknya.
Mereka Juga Diminta Untuk Membayar Pampasan Sehingga RM52,000 Kepada Anak-Anak Mereka Sendiri
·  Shalwati dihukum penjara 14 bulan dan diperintah membayar pampasan 67,200 krona (RM33,909) manakala Azizul Raheem dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan diperintah membayar pampasan 36,400 krona (RM18,367) kepada anak mereka.
·  Hakim, Matthias Moller berkata keganasan yang dilakukan pasangan itu secara relatif adalah kecil namun pertuduhan terhadap mereka membaitkan perlakuan keganasan yang sistematik dan berulang.
·  "Kebanyakan keganasan itu dilakukan dengan tangan namun sebatang rotan dan penyangkut baju turut digunakan," katanya.
Ahli Keluarga Azizul Dan Shalwati Tidak Merancang Untuk Membuat Rayuan
Last updated by Farouq johari 3 months ago
  • Kakak Shalwati, Noor Azila Makhzan berkata walaupun sedih, mereka membuat keputusan tidak akan mengemukakan rayuan kerana khuatir hukuman lebih berat dikenakan ke atas pasangan itu.
  • "Ini selepas perbincangan dengan anggota keluarga, kalau buatpun kita takut hukuman bertambah berat sedangkan peguam kitapun sememangnya peguam hebat tetapi keputusan masih tidak menyebelahi kita."
Keempat-Empat Anak Shalwati Dan Azizul Tabah Menerima Keputusan Mahkamah
Last updated by Farouq johari 3 months ago
  • Keempat-empat anak pasangan Malaysia, Shalwati Norshal dan Azizul Raheem Awalludin, yang dihukum penjara oleh mahkamah di Sweden pada Jumaat, menerima keputusan itu dengan tabah walaupun sedih.
·         Ibu saudara empat beradik itu, Shaleena Norshal, berkata ketika beliau memberitahu keputusan mahkamah itu, mereka dapat menerimanya dengan tenang.
·         "Saya maklumkan perkara tersebut selepas solat Maghrib semalam dan memang mereka sedih tetapi saya dapat lihat ketabahan mereka. Jadi mereka memahami dan bersyukur yang ibu bapa mereka hanya dikenakan hukuman penjara minimum," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor.
17 Mac: Apakah Yang Bakal Diputuskan Untuk Pasangan Malaysia Di Sweden Pada 28 Mac?
  • Hari ke-11 dan hari terakhir perbicaraan di mahkamah Daerah Solna juga menyaksikan hujah penutupan kedua-dua peguam pertahanan dan pendakwa.
  • Menurut seorang ahli keluarga yang menghadiri pendengaran itu, kedua-dua Shalwati dan Azizul tampak tenang sepanjang perbicaraan dan gembira kerana mereka kini boleh berjumpa keluarga dan rakan-rakan mereka selepas begitu lama.
Walaupun Begitu, Kedua-Dua Mereka Masih Berada Dalam Tahanan
Last updated by Farouq johari 3 months ago
·         Pelbagai kemungkinan muncul terhadap pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan kerana memukul anak-anak mereka, selepas mahkamah memerintahkan mereka kekal dalam tahanan sementara menunggu keputusan diumumkan pada 28 Mac.
·         Hakim Daerah Mattias Möller memutuskan bahawa Azizul Raheem Awalluddin dan isterinya Shalwati Norshal berisiko melarikan diri, dengan itu mereka perlu kekal dalam tahanan.
Anne Arnell Menggesa Mahkamah Untuk Mengenakan Hukuman Yang Lebih Berat Kepada Pasangan Tersebut
·         Arnell menyeru supaya mahkamah menjatuhkan hukuman yang lebih berat kepada pasangan ini iaitu hukuman penjara selama dua tahun setengah kepada Shalwati dan dua tahun bagi Azizul.
·         Beliau juga mencadangkan supaya pasangan itu diusir dari Sweden selepas menjalani hukuman mereka.
Samada Azizul Dan Shalwati Bersalah Atau Tidak, Sama-Sama Kita Tunggu Keputusan Mahkamah 28 Mac Ini
·         Hari kesepuluh perbicaraan ini juga menyaksikan perbincangan mengenai kemungkinan bagi Shalwati Norshal dan Azizul Raheem Awaluddin menjalankan khidmat masyarakat jika didapati bersalah melanggar integriti anak-anak mereka.
·         Memandangkan tiada rekod sebelumnya bagi kedua-dua mereka, hakim berkata khidmat masyarakat boleh menjadi alternatif selain hukuman penjara.
Peguam Shalwati, Kristofer Memaklumkan Bahawa Hukuman Khidmat Masyarakat Itu Tidak Memberi Makna Mahkamah Telah Membuat Keputusan
·  Kristofer kemudian memberitahu pemberita bahawa perbincangan kemungkinan melaksanakan hukuman khidmat masyarakat tidak bermakna mahkamah telah membuat keputusan dan hanya satu cara alternatif yang difikirkan.
·  Beliau berkata khidmat masyarakat boleh terdiri daripada sebarang perbuatan termasuk membantu warga tua, bekerja di sebuah kedai terpakai dan sebagainya.
·  Tetapi kita tidak lagi sampai ke peringkat itu (keputusan bersalah). Saya bertekad untuk melihat Shalwati dibersihkan daripada semua caj," kata Kristofer.
5 Mac: Anak Kedua Pasangan Malaysia Di Sweden, Ammar Diperakui Pernah Dipukul Ibunya
"Ammar telah bergaduh dengan kakaknya, jadi saya memberitahu dia supaya mengambil wuduk (air sembahyang) kerana orang Islam percaya ia boleh membantu membuatkan seseorang itu bertenang," katanya kepada mahkamah daerah Solna, Rabu (5 Mac).
  • Walau bagaimanapun, apabila Ammar pergi ke bilik air dia mula mengamuk dan menunjukkan kemarahan meluap-luap dengan menghentak-hentakkan dan membaling barang-barang.
  • Ammar dipukul di bahu kerana hilang kawalan dan mengamuk setelah bergaduh dengan Aisyah dan Shalwati memukulnya agar dia bertenang. Ketika itu, Ammar lebih kelihatan terkejut daripada berada dalam kesakitan.
Walau Bagaimanapun, Shalwati Menafikan Semua Tuduhan Lain Berhubung Layanan Buruknya Terhadap Ammar
  • Shalwati menjelaskan setiap kejadian secara terperinci dan menggambarkan Ammar sebagai seseorang yang suka menokok- tambah dan memperbesarkan cerita.
·         Apabila ditanya jika dia telah 'menarik telinga Ammar sehingga tangannya terketar-ketar' kerana kerja rumah Matematik, Shalwati dengan tiba-tiba menjawab,"ia satu lagi perkara yang diada-adakan."
·         Dia juga mengaku tegas dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dalam mendisplinkan anak-anaknya namun, tidak pernah melanggar integriti mereka seperti yang didakwa.
4 Mac: Tujuan Beli Rotan Dan Pukul Anak Didedahkan Pasangan Malaysia Di Sweden
·  "Tujuan memukul adalah untuk membuatkan anak-anak tahu mereka melakukan kesalahan, bukan untuk membuat mereka menderita atau berasa sakit," kata Azizul.
·  Azizul berkata, dia memukul anak-anaknya kira-kira dua sehingga tiga kali dalam setahun sebelumnya ketika keluarganya masih berada di Malaysia dan Afrika.
·  Memukul anak samada di rumah atau di sekolah diharamkan di Sweden, negara pertama di dunia yang mengharamkan apa-apa bentuk hukuman fizikal ke atas kanak-kanak.










No comments:

Post a Comment

Komentar Facebook