MELAYU DALAM TIAP DAERAH
DI INDONESIA BERAGAM
Contekan M.Rakib Widyaiswara
LPMP Riau Indonesia.2014
TEKA-TEKI
Mana yang lebih tua, polisi Indonesia,
dibandingkan polisi Malaysia?
-Jawabannya:
Lebih tua polisi Malaysia, karena panggilannya “Datok”
Sedangkan polisi Indonesia hanya dipanggil “Bapak”.
Melayu dalam tiap daerah di
Indonesia beragam mengingat banyaknya dialek bahasa Melayu di Indonesia).
Beberapa perbedaan tersebut di antaranya:
Perkataan
|
makna
dalam bahasa Malaysia
|
makna/sinonim
dalam bahasa Indonesia
|
ahli
|
anggota (mis. dari partai), juga
pakar contoh ahli bahasa
|
pakar
|
akta
|
undang-undang
|
surat resmi yang disahkan oleh
suatu badan resmi atau pemerintah
|
baja
|
bahan untuk menyuburkan tetumbuhan
|
besi tahan karat
|
banci
|
perhitungan bilangan penduduk
("sensus")
|
seorang berjenis kelamin wanita
dan pria
|
bercinta
|
menyatakan rasa kasih sayang
kepada orang lain
|
melakukan hubungan seksual
|
biji
|
biji benih / penjodoh bilangan
(berapa biji pil)
|
benih
|
bisa
|
racun
|
1. boleh, dapat; 2. racun
|
boleh
|
dapat(contoh:dia boleh bicara=dia bisa/dapat bicara)
|
1. mengizinkan (contoh:dia diizinkan bicara); 2. bisa (kebisaan) (contoh:dia
memiliki kebolehan dalam bergaya);
3. bisa/ dapat (contoh:Dia boleh mengerjakan soal
ujian dengan cepat) (jarang digunakan dalam makna
bisa)
|
bugil/bogel
|
telanjang, langsung tidak
berpakaian
|
1. telanjang, bugil; 2. pendek dan
kecil (terdapat kesalahpahaman dalam memaknakan kata bogel di kalangan
masyarakat yaitu orang kerdil)
|
bontot/buntut
|
punggung/pangkal (bontot senapang)
|
ekor; terakhir (untuk urutan anak)
|
bual
|
bersembang (berbual)
|
omong kosong (membual), cakap
besar (sombong)
|
budak
|
anak-anak kecil, orang muda,
(hamba tidak digunakan lagi. Contoh budak raja[29].)
|
1. hamba abdi, hamba sahaya; 2.
anak-anak kecil (budak untuk makna ini dijumpai di daerah asal Melayu Sumatra
dan Sunda, namun sekitar tahun 1995, beberapa ahli bahasa di indonesia dan
Malaysia sempat mengkritik kata ini karena dinilai telah mengesampingkan
nilai-nilai kemanusiaan.)
|
butuh/butoh
|
alat kelamin lelaki (lucah)
|
perlu; [30]
|
comel
|
cantik dan menarik, molek
|
kecil manis (cantik); mungil;
bagus; menggerutu, bersungut-sungut (bahasa Melayu
"bersungut=mengomel")
|
email
|
emel
|
enamel, lapisan pelindung gigi (juga digunakan
istilah émail)
|
gampang
|
anak luar nikah (kesat)
|
mudah, senang
|
jabatan
|
bagian dari penadbiran dll yg
mengurus tugas-tugas tertentu
|
amanah dalam memegang kedudukan
penting resmi dalam suatu pekerjaan; departemen; jawatan
|
jahat
|
maling (penjahat)
|
durjana, tidak baik
|
jawatan
|
kedudukan resmi/pangkat
|
kantor pemerintahan, jabatan
|
jemput
|
mengajak atau menyilakan datang
|
1. memetik; 2. pergi mendapatkan
orang yang akan diajak pergi bersama
|
jeruk
|
buah-buahan (sayur, telur, ikan,
dll) yang telah diasamkan (atau diasinkan)
|
buah jeruk
|
jimat
|
cermat (tentang uang atau
penggunaan sesuatu), hemat, tidak boros
|
azimat, benda bertuah
|
kacak
|
tampan, menarik (bagi lelaki)
|
memegang kiri kanan pinggang
dengan kedua-dua belah tangan (berkacak pinggang); tampak gagah, segak
|
kaki tangan
|
pekerja, seorang yang diupah
|
anak buah (dengan konotasi
negatif), seorang yang diperalat (bahasa Melayu=Barua)
|
kapan
|
(kain kafan), kain penutup
mayat
|
bilamana; berbeda dengan kafan
|
karya
|
gubahan hasil karya (karyawan=pekerja seni)
|
kerja (karyawan=pekerja upahan)
|
kerajaan
|
semua bentuk pemerintahan
|
sistem pemerintahan yang dipimpin
oleh raja
|
kereta
|
mobil
|
semua kendaraan beroda yang
digerakkan dengan tenaga mesin atau makhluk hidup
|
khidmat
|
servis, kerja untuk memenuhi
keperluan orang ramai
|
1. hormat, takzim; 2. layanan
(jarang atau hampir tidak digunakan lagi)
|
pajak
|
gadai janji, sewaan (pajakan
tanah)
|
cukai
|
pelan
|
rancangan pembinaan atau
pembangunan
|
perlahan, tidak cepat
|
pejabat
|
tempat bekerja
|
1. orang yang memiliki jabatan
resmi (unsur pimpinan); 2. kantor (jarang atau hampir tidak digunakan)
|
pemerintah
|
badan atau kumpulan orang yang
mengendalikan penadbiran suatu negara
|
pemerintah/ penadbir, badan
tertinggi yang memerintah suatu negara
|
pengajian
|
pendidikan (dari kata
"mengaji")
|
pembelajaran Alquran
|
percuma
|
cuma-cuma, gratis
|
tidak berguna, sia-sia
|
pijat
|
kutu; ralat pemrograman komputer
|
Urut
|
polis
|
mata-mata, angkatan keselamatan
sipil
|
1. dasar (asuransi dll.); 2.
negara kota (di Yunani)
|
polisi
|
dasar (asuransi dll.)
|
pemelihara keamanan, angkatan
keselamatan
|
pusing
|
bergerak dalam bulatan, berputar,
berkeliling
|
dalam keadaan keseimbangan
terganggu serasa keadaan sekitar berputar; putar; pening, sakit kepala [32]
|
pupuk
|
menyemai (nilai murni dsb.)
|
penyubur tanaman
|
tambang
|
bayaran penggunaan pengangkutan
awam,
|
1. tempat menggali mineral; 2.
semacam tali yang kuat
|
tandas
|
jamban, tempat membuang air besar
|
1. menjelaskan/menyelesaikan
sesuatu dengan pasti dan tegas; 2. jamban
|
sulit
|
rahasia; sukar; alat sulit
("alat kelamin")
|
sukar dicari karena tersembunyi
atau jarang didapat
|
Sama
kata tetapi huruf berbeda
Indonesia
|
Melayu
|
arti
|
erti
|
beda
|
beza
|
bisnis
|
bisnes
|
bus
|
bas
|
jabatan
|
jawatan
|
jembatan
|
jambatan
|
resmi
|
rasmi
|
rusak
|
rosak
|
sipil
|
sivil
|
taksi
|
teksi
|
tanjung
|
tanjong
|
teluk
|
telok
|
truk
|
trak
|
yaitu
|
iaitu
|
Presiden Obama menggariskan strategi "Our goal, must be to have a great teacher in every classroom and a great principal in every school" dan tidak ada seorang kanak-kanak terpinggir.
Langkah yang sama juga dilaksanakan oleh Australia bagi merentasi peringkat wilayah dan Federal. Dalam usaha kita untuk meningkatkan kualiti pendidikan, guru dikenal pasti sebagai salah satu, malah faktor utama yang memainkan peranan penting.
Guru yang memiliki bukan sahaja pengetahuan tetapi kemahiran untuk menyediakan suasana pembelajaran yang menumpukan kepada pelajar (studentcentred), mendorong pelajar yang berpotensi tinggi sambil tidak mengabaikan pelajar yang memerlukan bimbingan dan intervensi. Kita memerlukan guru yang passionate yang dapat mewujudkan pembelajaran yang menyuburkan daya kreatif, inovatif, komunikasi, boleh menyelesaikan masalah dan bekerja secara kumpulan.
Inilah dapatan dari penyelidikan. Inilah rumusan dan pandangan pakar pendidikan. Kualiti guru inilah yang dapat membawa negara seperti Finland, Korea dan Singapura mencapai tahap kualiti pendidikan yang tinggi dalam Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS).
Inilah yang menjadi suatu cabaran yang besar dihadapi oleh kebanyakan negara bagaimana untuk meningkatkan lagi prestasi dan menjamin bahawa guru-guru akan dapat meningkatkan kualiti pendidikan.
Dalam hubungan ini, apa yang sangat menarik ialah wujudnya penglibatan sektor dan agensi lain yang melibatkan diri untuk sama-sama berusaha bagi membangun dan memajukan sektor pendidikan. Kita saksikan penglibatan serius selama ini Microsoft, Samsung, Apple, Cisco dan sektor ICT yang cuba menyelaraskan aplikasi mereka dengan pendidikan. Kita melihat penglibatan serius syarikat multi-national dan industri yang melabur langsung untuk memajukan pendidikan. Semuanya ingin untuk memastikan bahawa proses pendidikan akan dapat melahirkan tenaga manusia yang relevan dan selaras dengan keperluan masa depan.
Pada hemat saya inilah juga faktor yang mendorong beberapa buah negara dengan serius meneliti semula sistem pendidikan negara masing-masing. Pendidikan adalah pemangkin ekonomi. Dalam dunia globalisasi yang berasaskan ilmu pengetahuan, rakyat yang berilmu menjadi aset memacu kemajukan ekonomi. Yang demikian kita perlu memperkembangkan setiap potensi individu.
Malaysia telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 beberapa bulan yang lalu yang merupakan satu rumusan menggarap pemikiran semua yang berkaitan dengan pendidikan menjadi tunjang kepada transformasi negara. Brunei Darussalam telah melaksanakan Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 atau SPN21 sebagai lanjutan kepada dasar Pendidikan Dwibahasa yang memperkasa kemahiran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dari peringkat rendah yang juga berhasrat membawa haluan bagi memfokus kepada pendidikan berpusat kepada pelajar, memberi pelbagai laluan (multiple pathway) pendidikan menengah dan reformasi pendidikan teknik dan vokasional.
Sebenarnya inilah juga fokus rakan-rakan saya di negara-negara SEAMEO semasa saya berkesempatan melakukan lawatan ke semua negara SEAMEO dalam kapasiti saya selaku Presiden SEAMEC bagi tempoh dua tahun dari bulan Mei 2011 ke April 2013. Malah bagi beberapa negara bukan saja kualiti guru yang dihadapi tetapi bilangan guru yang dapat dibekalkan setiap tahun bagi mengimbangi pertambahan pelajar menjadi salah satu cabaran utama.
Bagaimana kita dapat melahirkan guru berkualiti?
Seorang pendidik mesti mempunyai kecenderungan dan minat mendalam atau passion terhadap profession guru atau pendidik. Kerjaya guru bukan semata-mata dilihat sebagai makan gaji atau sumber menyara hidup sahaja. Kerana itu dalam masyarakat kita di rantau ini, guru yang mengajar Al-Qur'an di masa lampau tidak mengharap kepada imbuhan kewangan atau kebendaan tetapi semata-mata kerana beramal kerana Allah. Guru-guru setengah abad lalu, walaupun tidak mempunyai kelulusan diploma atau ijazah, tetapi sanggup merentas sungai, hutan dan belukar, semata-mata untuk mendidik. Kerana itu sekarang kita melihat modaliti seperti Teach America First atau Teach First, satu skim memberi peluang kepada mereka yang ingin menjadi pendidik selepas graduate. Di United Kingdom enam memohon bagi satu tempat di Teach First.
Ini berkait rapat dengan sikap atau attitude. Sebagai seorang Islam, attitude akan lebih berkesan lagi jika disertai dengan accountability. Bukan sahaja accountable kepada ketua tetapi paling mustahak accountable kepada Maha Pencipta Allah Subhanahu Wata'ala menjadi seorang pekerja yang jujur dan amanah, penuh iltazam dan dedikasi.
Semua orang boleh mengajar tetapi tidak semua orang boleh menjadi pendidik.
Kualiti pendidik bergantung juga kepada kualiti pendidikan mereka. Beberapa negara memilih gurunya dari kalangan 10 peratus dari kohort pelajar cemerlang.
Jika pelajar perlu dilengkapi dengan kemahiran abad ke-21, para pendidik sendiri mesti menguasai kemahiran abad ke-21 untuk menjelmakan diri mereka sebagai pendidik yang kreatif, inovatif, berupaya menghadapi perubahan yang tidak diduga dan jangkakan, bekerja sebagai satu pasukan serta berkomunikasi dengan berkesan.
Pendidikan masa ini perlu menyediakan pelajar menghadapi kederasan arus perubahan berbanding sebelumnya;
Pendidikan masa ini perlu menyediakan pelajar dengan pekerjaan yang belum lagi diwujudkan; Pendidikan masa ini perlu menyediakan pelajar menggunakan teknologi yang belum lagi dicipta;
Pendidikan masa ini perlu menyediakan pelajar kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang tidak diketahui akan terjadi.
Begitulah rumit dan kompleksnya masa depan yang mampu kita lukiskan. Semua ini memaksa pendidik dan mereka yang terlibat melipatgandakan usaha ke arah meningkatkan kualiti pendidikan guru.
Asas kepada seorang pendidik ialah memiliki sikap atau attitude, pengetahuan (knowledge) dan kemahiran (skills) yang perlu terus dipupuk dan diperkembangkan sebagai landasan menuju pembudayaan pendidikan sepanjang hayat.
Di sinilah pada hemat saya peranan dan sumbangan OUM berfungsi sebagai wacana bagi para pendidik melengkapkan diri dari segi perkembangan ikhtisas menjadi modal pendidik terulung dan cemerlang. Kerana semua mengakui tidak ada sistem pendidikan menjadi lebih baik dari guru atau pendidiknya.
Akhirnya saya ungkapkan sebuah pantun:
Pulau Labuan tidak berbukit,
Kapal sarat membawa dagangan,
Budi tuan bukan sedikit,
Sepanjang hayat jadi kenangan.
No comments:
Post a Comment