Lim
Jooi Soon Muallaf Malaysia, tetap gunaka nama asal saja
Catatan
Dr.M.Rakib,SH.,M.Ag Pekanbaru Riau Indonesia.
Menarik apa yang ditulis Oleh: MOHD.
SAIFUL MOHD. SAHAK, dalam dialek Melayu Malaysia, bahwa
LIM JOOI
SOON.
|
MENUKAR nama bapa kepada Abdullah
sudah lama diamalkan di Malaysia. Namun, ia tidak pernah diamalkan ketika zaman
Rasullullah s.a.w. Contohnya Rasulullah tidak mengubah nama bapa Abdullah bin
Abd. Asad biarpun Abd. Asad membawa makna hamba kepada singa, iaitu jelas
mengandungi unsur-unsur syirik (Ibni Al-Jawzee, Sifatus Safwah, Jilid 1 (63).
Malah Umar Al-Khattab dan Ali bin
Abu Talib juga mengekalkan nama bapa masing-masing setelah memeluk Islam. Jika
wajib menukar nama bapa, apakah Rasullullah sendiri tidak mengetahuinya dan
melakukannya?
Pegawai Dakwah Persatuan Cina Islam
Malaysia (MACMA) Cawangan Selangor, Lim Jooi Soon berkata, ramai masyarakat di
Malaysia beranggapan bahawa nama Islam adalah nama dalam bahasa Arab.
Pada zaman Rasullullah, mereka yang
memeluk agama Islam dinasihati oleh Rasulullah supaya menukar nama asal kepada
nama yang bermaksud baik.
Ini menunjukkan nama Islam adalah
nama yang mempunyai makna yang baik, bukan semestinya dalam bahasa Arab.
Katanya, menjadi amalan bahawa orang
yang masuk Islam di negara ini akan disuruh menukar nama kepada nama bahasa
Arab dengan anggapan bahawa nama Islam adalah nama di dalam bahasa Arab.
Persoalannya, bagaimana dengan
masyarakat Melayu yang tidak mempunyai nama dalam bahasa Arab, adakah mereka
perlu menukar nama atau sebaliknya?
Sebenarnya, pada zaman Rasullullah,
ramai sahabat apabila masuk Islam mengekalkan nama asal mereka walaupun bukan
di dalam bahasa Arab. Antaranya; Salman Al-Farisy dari Persia dan Bilal
Ar-Rabah dari Ethopia, katanya ketika ditemui MEGA, baru-baru ini.
Pada masa yang sama, kata Jooi Soon,
tiada nas untuk membenarkan penukaran nama bapa kandung kepada Abdullah atau
nama-nama lain.
Dalam kes ini saya bersetuju 100
peratus dengan fatwa Majlis Fatwa Negeri Perlis yang mengharamkan pertukaran
nama bapa kandung.
Sebagai seorang Islam, apabila kita
ditunjukkan sesuatu nas atau bukti larangan atau perintah, kita hendaklah
mematuhi arahan tersebut seperti mana dalam ayat 17 dan 18 dari surah al-Zumar,
jelasnya.
Tambah Jooi Soon, bukanlah sesuatu
yang menghairankan jika terdapat pihak-pihak yang masih mengekalkan pendapat
dan tradisi walaupun dikemukakan dengan bukti yang bercanggah dengan ajaran
Islam.
Assalamu Alaikum wr-wb, perkenalkan nama saya ibu Sri Rahayu asal Surakarta, saya ingin mempublikasikan KISAH KESUKSESAN saya menjadi seorang PNS. saya ingin berbagi kesuksesan keseluruh pegawai honorer di instansi pemerintahan manapun, saya mengabdikan diri sebagai guru disebuah desa terpencil di daerah surakarta, dan disini daerah tempat mengajar hanya dialiri listrik tenaga surya, saya melakukan ini demi kepentingan anak murid saya yang ingin menggapai cita-cita, Sudah 9 tahun saya jadi tenaga honor belum diangkat jadi PNS Bahkan saya sudah 4 kali mengikuti ujian, dan membayar 70 jt namun hailnya nol uang pun tidak kembali bahkan saya sempat putus asah, pada suatu hari sekolah tempat saya mengajar mendapat tamu istimewa dari salah seorang pejabat tinggi dari kantor BKN pusat Jl. Letjen Sutoyo No. 12 Jakarta Timur karena saya sendiri mendapat penghargaan pengawai honorer teladan, disinilah awal perkenalan saya dengan beliau, dan secara kebetulan beliau menitipkan nomor hp pribadinya 0853-1144-2258 atas nama Drs Muh Tauhid SH.MSI beliaulah yang selama ini membantu perjalanan karir saya menjadi PEGAWAI NEGERI SIPIL, alhamdulillah berkat bantuan bapak Drs Muh Tauhid SH.MSI SK saya dan 2 teman saya tahun ini sudah keluar, bagi anda yang ingin seperti saya silahkan hubungi bapak Drs Muh Tauhid SH.MSI, siapa tau beliau bisa membantu anda
ReplyDelete