AL-SIYASAH AL-SYARI’AH
(AL-W
AQI‘IYYAH)
OLEH M.RAKIB LPMP
PEKANBARU RIAU INDONESIA
2014
Kairo Mesir :
Maktabah Wahbah, h. 288. dilandaskan kepada “ sesungguhnya aku dapati
masyarakat di Syam tidak seperti masyarakat di Madinah”
. Beliau juga pernah mengungkapkan bahwa
(memperbaharui hukum terhadap manusia berdasarkan kepada kadar kerosakan yang
mereka lakukan).Ini menunjukkan pengaruh perubahan dan perkembangan bagi isu kontemporer,
turut mempengaruhi keputusan hukum.
Perubahan-perubahan inilah yang menjadi titik kajian bagi menghasilkan apa yang
diistilahkan oleh al-Qaradawi sebagai Fiqhal-W aqi‘i
. Konsep Fiqh al-W a qi‘i Fiqh al-W aqi‘i
menurut al-Qaradawi berkonsepkan pengetahuan tentang keadaan
realitas . Pengetahuan ini mencakupi realitas dari segi positif mahupun yang negatif. Ia menilai sesuatu faktor yang
mempengaruhi keadaan realiti secaraobjektif. Fakta ditimbang tidak bersandar
kepada imiginatif dan sebagainya yangboleh mencacatkan pemahaman terhadap keadaan
realiti. Dengan itu fiqh ini akanmemandu pengkaji bagi memahami realiti dengan
menilai keadaan yang ada secarailmiah, topikal dan juga objektif.
Hal
yang sama dijelaskan oleh Paizah Ismail tentang
Fiqh al-W aqi‘
.
Menurut beliau faham yang mendalam tentang realitas hidup. Ia akan
ditemukan melalui pembacaan, penelitian dan penyelidikan ilmiah tentang realitas
hidup di zaman ini dalam satu waktu semasa dalam berbagai-bagai
aspek yang berkaitan.
Apa
yang difokuskan tentang fiqh ini ialah berkaitan dengan:i.Perubahan hukum
kerana perubahan kemaslahatanii.Perubahan ‘uruf dan tempat.
i.
Perubahan Hukum
Karena Perubahan Kemaslahatan
Hukum-hukum Syariat yang dilandasi dengan
kemaslahatan semasa bolehmenerima perubahan hukum jika sandaran kepada
kemaslahatan itu sendiri telahberubah. Ini sesuai dengan kaedah “sesuatu yang
dilandaskan kepada suatu ‘illatberkisar menurut ‘illatnya ada atau tidak ada”
Sebagai contoh dalam masalah untuk membezakan antara
penganut pelbagaiagama. ‘Umar ‘Abd al-‘Aziz
memutuskan “kerana mereka (ahl al-Dhimmah)bercampur dengan orang Islam, maka
mereka perlu dibedakan dengan kita.
Pengaruh
Perubahan Dalam Pembinaan Hukum Siyasah Syar‘iyyah
Peristiwa ini tujuannya supaya dapat mengelakkan
mereka diperlakukan seperti orang Mus-lim. Kemungkinan mereka mati secara
mendadak di tengah jalan, sedangkan identitas
mereka tidak diketahui hingga dilakukan solat jenazah dan dikuburkan dikawasan
orang Islam. Peristiwa ini tentu tidak
dapat diterima oleh keluarga mangsa
korban dan juga orang Muslim. Menurut al-Qaradawi peristiwa ini perlu di perhatikan serius sesuai dengan
pada awal pembukaan daerah-daerah baru sebagai langkah berhati-hati.
18
Asas kemaslahatan untuk membezakan identiti agama
seseorang mengikutagamanya seperti cara pada masa lalu (iaitu berasaskan
pengenalan pada pakaian)boleh menerima perubahan. Bahkan perbezaan atas hal
tersebut tidak diterimaramai. Malahan pada masa ini ia telah dipermudahkan
caranya dengan adanyapasport atau kad pengenalan yang tidak menyinggung
perasaan penganut agamalain. Justeru, mewajibkan pakaian tertentu sahaja atau
apa-apa yang berkaitandengannya tidak perlu lagi dikuatkuasakan oleh
pemerintah.
ii.Perubahan
‘Uruf dan Tempat
Penggunaan
‘uruf, tempat dan masa antara faktor
berpengaruh dalampenetapan hukum pada masa lalu akibat dari berlakunya
perubahan atas faktor-faktor tersebut. Sebagai contoh, pengguguran saksi kerana
dia berjalan tanpamenutup kepala (serban atau kopiah), kebiasaan makan minum di
gerai-gerai tepi jalan, mencukur janggut, suka mendengar lagu-lagu dan
lain-lain lagi dari berbagaitradisi atau budaya yang mengalami perubahan.
Kes-kes tersebut mengandunginilai dari sudut pandangan masyarakat yang
berbeza–beza sekaligus memberikesan terhadap penerimaan atau penolakan nilai
tersebut.Fakta di atas pada asasnya telah diterima dengan baik oleh
kalanganfuqaha apabila mereka merumuskan kaedah penetapan hukum
berdasarkan‘uruf, masa dan tempat akan berubah jika faktor tersebut telah
berubah. Di bawah ini akan dibawa beberapa contoh isuberkaitan dengan perubahan
‘uruf dan tempat yang mempunyai kesan terhadappolitik.
Isu
Perubahan Realiti Dalam Konteks Sejarah Politik Islam
Orang
Islam pernah memegang tampuk pemerintahan dalam tempoh yang panjangsehingga
kejatuhan sistem Khalifah ‘Uthmaniyyah di Turki pada 1924. Dalammasa
pemerintahan tersebut, berbagai bentuk isu dan peristiwa yang memerlukan
Untuk
itu beberapa kes akandikemukakan sebagai contoh.
a.Sistem
Pemilihan Pemimpin
Sistem pemilihan ketua negara, sejak kewafatan Nabi
SAW lagi telahmemperlihatkan bentuk luaran yang berbeza-beza. Bermula
perlantikan SaidinaAbu Bakar RA melalui permuafakatan di Saqifah Bani Saidah.
Setelah itu, AbuBakar mencalonkan Saidina ‘Umar RA yang diterima usulan itu
tanpa sebarangpertandingan. Kemudian ‘Umar pula mensyorkan pula enam nama tokoh
besaruntuk bermesyuarat sehingga terlantik Saidina Uthman RA. Bagaimanapunketiadaan
sebarang petunjuk oleh ‘Uthman terhadap bakal penggantinyamenyebabkan Saidina
‘Ali menggambilalih tampuk kepimpinan tertinggi negaramelalui persetujuan
beberapa orang Ahl al-‘Aqdi wa al- H allidi
Madinah.Peristiwa di atas merupakan suatu panduan yang dikatakan mengikat (ijma‘
)oleh sebahagian besar penulis politik Islam.
Al-Mawardi misalnya menggunakancontoh-contoh tersebut bagi menyatakan bentuk
pemilihan ketua negara yangmelahirkan dua kaedah iaitu melalui pemilihan oleh
anggota Ahl al-‘Aqd wa Halli dan melalui
penunjukkan oleh kepimpinan yang sedia ada semasa hidupnya (‘ahdial-Imam).
Pengiktirafan kepada proses perlantikan melalui
lantikan semasa hiduppada asasnya merupakan suatu bentuk penerimaan kepada
realiti yang ada. Halini dianggap sebagai usaha bagi mengatasi kebimbangan
berlaku ketidakstabilan jika tiada penjelasan tentang bakal kepimpinan masa
hadapan.
”
atas kekuatan yang dimiliki olehkeluarga Umayyah telah berakar umbi dalam
pemerintahan negara. Pertukarankepimpinan luar daripada lingkungan keluarga
tersebut berpotensi melahirkankeadaan yang tidak stabil dan menggugat
keharmonian.
Contohnya dalam peperangan Uhud. Rasulullah SAW meminta
pandangan para Sahabat untuk menentukan tempat berperang menentang Musyrikin, apakah
perlu
bertahan di kota Madinah saja atau keluar dari Madinah. Akhirnya Baginda menyetujui pandangan Sahabat untuk keluar
dari Madinah.
Contohnya
dalam peperangan Khandak, Rasulullah SAW mahu berbaik-baik denganBani Ghassan
dengan memberi sebahagian dari hasil tanaman Madinah. Rasulullahberbuat
demikian kerana tidak mahu mereka menyerang umat Islam. Namunrancangan Baginda
ini dibantah oleh Sahabat seperti Sa‘ad bin Ubâdah dan Sa‘adbin Mu‘az. Cadangan
balas daripada Sahabat tersebut diterima oleh Baginda.
Negatif pula melalui cadangan yang dikemukakan
sendiri oleh paraSahabat kepada Rasulullah SAW dan Baginda merestuinya.
Contohnya Bagindamenyetujui cadangan al-Hubâb Ibn al-Mundhir berkhemah
berhampiran dengansumber air pihak musuh di dalam peperangan Badar.iii.Syura
di
antara kedua-duanya iaitu keadaan Baginda yang bertekad untuk melakukan sesuatu
dengan memulainya hingga di pertengahan dan menilainyasemula melalui Sy
Dilihat
dari aspek ini, nyatalah bahawa pada zaman Rasulullah SAW syuradirealisasikan
dengan berbagai cara. Pelaksanaan demikian dari sudut ilmiahmengundang
pentafsiran dan analisis yang menunjukkan
sunnah
fi‘liyyah
dalamkes
ini bukanlah sebagai satu-satunya model yang mutlak dan abadi. Ini
keranaperjalanan syura pada masa Baginda dilaksanakan dalam bentuk yang
sederhana.Selepas Rasulullah SAW wafat, bentuk pelaksanaan syura berubah. Ia
bermuladengan pemilihan ketua kerajaan. Dua golongan yang mempunyai
kepentingansecara langsung iaitu Muh
r.
Dialog perbincangan mereka ituakhirnya mencapai kata sepakat dengan terangkat
Abu Bakar sebagai khalifahpertama negara Islam. Syura pada masa itu menjadi
institusi penting dengankeanggotaan terdiri daripada An
n,
para tokoh masyarakat sertadaripada golongan ulama.Seterusnya institusi ini
dijalankan berdasarkan kebijaksanaan pemerintah.Lantaran itu, pada masa Umawi
institusi ini ditubuhkan di bawah kawasan-kawasanpentadbiran di Damsyik,
Madinah, Iraq, Khurasan (Iran) dan Mesir. Ahli majlistersebut terdiri daripada
tiga unsur iaitu tokoh masyarakat Arab, golongan pimpinantentera, para ulama,
cerdik pandai dan para profesional. Perkembangan bentuk ini mempunyai indikasi
yang besar kerana ia melibatkan rakyat dalam prosespengambilan keputusan
semakin banyak dan menyeluruh.
25
Tindakan
demikian juga pada asasnya merupakan tuntutan yang diperlukan bagi reformasi.
siyasah pada penggunaannya di sudut bahasa bermaksud
‘mentadbir sesuatu perkara dengan baik’ atau ‘pemerintah mentadbir urusan
rakyat’.[1]
Perkataan Syari`ah berasal dari
perkataan “Syari`at” dalam bahasa Arab, yang
dalam penggunaan biasanya dimengertikan sebagai ‘sumber air minum atau
pembawaan yang jelas’[2].
Perkataan ‘Syari`ah’ juga dipakai oleh al-quran dalam banyak ayat
antaranya ada yang bermaksud sebagai peraturan hidup yang terkandung dalam
suruhan dan larangan dan ada juga yang bermaksud seluruh ajaran agama yang
merangkumi aspek keimanan, perundangan dan akhlak.
Manakala ‘Syari`at Islam’ ialah seluruh apa
yang disyari`atkan oleh Allah di dalam agama sama ada dengan wahyu atau dengan
sunnah rasul saw. Ianya termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan
persoalan akidah dan keimanan, akhlak-akhlak yang mulia dalam perhubungan
sesama anggota masyarakat dan hukum-hukum Allah yang berkaitan dengan perbuatan
para mukallaf sama ada halal, haram, wajib, sunat dan harus yang dikenali
sebagai fiqh dan juga perundangan Islam.[3]
· Definasi
Siyasah Syar`ieyyah Menurut Istilah.
Para fuqaha’ pula mentakrifkannya sebagai:
“Tindakan pemerintah terhadap sesuatu perkara kerana mendapatkan suatu
kemaslahatan walaupun tindakan itu tidak mempunyai dalil pada juzu’nya.” Dalam
penakrifan lain mereka berkata: “Menguruskan kemaslahatan manusia dengan
mengikut ketentuan syarak.”
Kebanyakan tulisan yang berkaitan dengan siyasah
syar`ieyyah mendefinasikan pengertian siyasah dengan definasi
yang berkisar di atas kedua-dua takrif tersebut.
Siyasah syar`ieyyah ialah ilmu
yang membincangkan mengenai pentadbiran sesebuah kerajaan Islam yang terdiri
daripada undang-undang dan sistem yang berasaskan kepada asas-asas Islam
atau mentadbir urusan umum daulah Islamiah dengan cara yang membawa kebaikan
kepada manusia dan mengelakkan mereka daripada kemudharatan, tanpa melanggar
sempadan syarak dan asas-asas kulliah walaupun dalam perkara yang
tidak disepakati oleh ulama’ mujtahidin.[4]
Oleh itu topik perbincangan siyasah
syar`ieyyah dikalangan para fuqaha’ ialah sistem, peraturan dan
undang-undang yang diperlukan di dalam mengurus sesebuah negara bertepatan
dengan asas-asas agama bagi menjamin pencapaian kemaslahatan kepada manusia,
menunaikan segala keperluan mereka dan menjauhkan mereka daripada kemudaratan
dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment