BOLEH
PERCAYA BOLEH TIDAK
CATATAN M.RAKIB PEKANBARU RIAU INDONESIA
Menggerakkan
Jari Secara Keliru
Orang
Salafy, selalu ditiru
Sedangkan
kemiskinan, terus berlalu,
Pengangguran, makin
menderu.
Kebanyakkan dari kita keliru dengan perbuatan menggerakkan
jari telunjuk di dalam solat. Ternyata terdapat pelbagai gerakan dan gaya yang
ditampilkan. Lantaran itu, isu ini hangat diperkatakan. Baik dikalangan bangsa
arab mahupun dikalangan kita. Ternyata kita masih samar-samar dalam mencari
jawapannya. Apakah kedudukan hukum yang sebenarnya. Apakah pandangan mazhab
kita dan mazhab-mazhab empat dalam masalah ini. Bersama kita lapangkan hati dan
minda kita untuk menerokai hakikatnya.
Latarbelakang
Permasalahan
Sebenarnya
isu ini bertaraf permasalahan ranting feqhiyyah. Iaitu antara afdhal dan tidak
afdhal sahaja. Maksudnya setiap individu diberi pilihan samada untuk
menggerakkan jari telunjuk ketika bertasyahhud atau tidak. Jika dilakukan
seseorang itu akan mendapat tambahan pahala. Dan jika tidak dilakukan tidak
mengapa. Inilah nilai estetika syariat yang bersifat fleksibel dalam kelasnya
tersendiri.
Tambahan pula, terdapat pelbagai isu
yang lebih besar perlu diutamakan. Jika kita hanya berkisar pada daerah isu
yang kecil maka hasilnya tak sampai ke mana. Dan kita seperti bergerak dalam
kehilangan arah tuju.
3.0 PUNCA PERMASALAHAN
Ketahuilah bahawa isu ini merupakan
isu yang baru berlaku. Ia mula dikesan di zaman kita apabila Syeikh Nasiruddin
Al-Albaani di dalam kitabnya SifatusSolah An-Nabi[1]
mendakwa disunatkan menggerakkan jari terlunjuk ketika bertasyahhud secara
berterusan sehingga salam dan selesainya solat. Beliau mendakwa perbuatan
sebeginilah yang sunnah dan sunat sebenarnya. Manakala perbuatan selainnya
dikatakan tidak sunnah.
Malangnya, ada sesetengah pihak begitu keras menuduh sebahagian dari kita yang tidak melakukan amalan di atas (sebagaimana mereka) sebagai pembuat bid’ah yang sesat. Dan layak dihumban ke dalam neraka kerana dikatakan tidak mengikuti jalan yang diajar oleh Rasulullah. Masya Allah. Ekoran itu perlakulah tuduh-menuduh. Dan kita salah bertelingkah dengan isu kecil seperti ini. Dimanakah sikap berlapang dada dan tawaddhuk kita?
Malangnya, ada sesetengah pihak begitu keras menuduh sebahagian dari kita yang tidak melakukan amalan di atas (sebagaimana mereka) sebagai pembuat bid’ah yang sesat. Dan layak dihumban ke dalam neraka kerana dikatakan tidak mengikuti jalan yang diajar oleh Rasulullah. Masya Allah. Ekoran itu perlakulah tuduh-menuduh. Dan kita salah bertelingkah dengan isu kecil seperti ini. Dimanakah sikap berlapang dada dan tawaddhuk kita?
Justeru itu, inilah masanya yang
sesuai untuk kita menelusuri dakwaan beliau. Sekaligus menjawab menjawab
kemusykilan ini. Kita tidak perlu memerah otak atau bekerja keras untuk
menyelesaikannya. Hanya kepada Allah SWT kita memohon taufik dan pertolongan.
4.0 KEDUDUKAN HUKUM
Ketahuilah bahawa Imam Al-Hafiz
Mahyiddin An-Nawawi rhm telah ditanya di dalam kitabnya Al-Fatawa tentang isu
mengerakkan jari (telunjuk) di dalam solat. Pertanyaan itu berbunyi : “Adakah
menggerakkan jari telunjuk pada tangan kanan itu disunatkan.? Bilakah waktu
yang sesuai untuk menggerakan jari tersebut? Adakah menggerakkanya secara
berterusan itu membatalkan solat?”- hingga tamat soalan.
Maka Imam al-Nawawi rhm menjawab :
“Disunatkan mengangkat jari telunjuk dari tangan kanan ketika melafazkan huruf
‘hamzah’ pada kalimah ( áÇ Åáå ÅáÇ Çááå ) sekali sahaja[2]
tanpa menggerak-gerakkanya[3]
Sekiranya seseorang itu mengulangi pergerakannya berkali-kali, maka hukumnya
adalah makruh. Hal ini tidak membatalkan solat. Demikian menurut pendapat yang
sahih. Dikatakan juga, iaitu menurut pendapat yang lemah batal solatnya”… Tamat
Fatwa Al-Nawawi m/s 54
Dalam menyelesaikan masalah ini,
kami akan mendedahkan bukti-bukti mereka yang mengatakan bahawa sunat
menggerakkan jari telunjuk secara berterusan. Kemudian kita akan membincangkan
dalil-dalil tersebut satu persatu. Kami juga akan menjelaskan bahawa
dalil-dalil yang dipergunakan oleh mereka di atas itu tidak sesuai. Hal ini
diperolehi berdasarkan hujah-hujah dan bukti yang terang lagi bersuluh. Insya
Allah…
Disamping itu, kita juga akan
menjelaskan dalil yang mengatakan bahawa tidak disunatkan mengerakkan jari
telunjuk secara berterusan menerusi pandangan para ulamak yang muhaqqiq.
Pendapat para ulamak Mazhab :
1) Di dalam kitab Auni Al-Ma’bud m/s
455 juz 3 dinyatakan bahawa Syeikh Salamullah berkata di dalam Syarah Muwattha
dengan katanya “Pada hadis Wail bin Hujr menurut Abu Daud[4]
yang berbunyi “Kemudian Baginda mengangkat jari telunjuknya, lalu saya dapati
Baginda menggerakkan jari telunjuknya sambil berdoa”.
Hadis ini menjelaskan adanya
perbuatan menggerakkan jari telunjuk ketika bertasyahhud. Inilah pendapat yang
diambil oleh Imam Malik dan kebanyakkan ulamak. Perkara inilah sebenarnya yang
dimaksudkan dengan “menggerakkan jari”. Dan maksud yang diputuskan di sini
tidak ada percanggahan dengan riwayat yang telah dibawa oleh Imam Muslim
daripada Abdullah bin al-Zubair yang bermaksud “Adalah Rasulullah SAW
menyisyaratkan jari telunjuknya sambil berdoa tanpa menggerakkannya.”[5]
-tamat “Auni Al-Ma’bud”
2) Berkata penulis kitab Ar-Raudh
Al-Marba’ Al-Hanbali m/s 59 juz 1 : “Nabi SAW mengisyaratkan dengan jari
telunjuknya tanpa menggerakkan jari Baginda ketika bertasyahhud dan doanya di
dalam solat dan selainnya. Perbuatan ini dilakukan oleh Baginda ketika mana
Baginda menyebut lafaz Allah SWT. Ianya sebagai suatu peringatan keatas
tauhid”. –tamat dari ‘Ar-Raudh Al-Marba’ – kitab ini merupakan kitab mukhtasar
yang muktamad (dipegangi) dikalangan ulamak Al-Hanabilah.
3) Berkata pula Syeikh Al-Mazhab
Al-Hanabilah iaitu Ibn Qudamah Al-Hanbali di dalam kitanya “Al-Mugni” m/s 534
juz 1 : “Dan baginda mengisyaratkan dengan jari telunjuk dengan mengangkatnya
ketika Baginda menyebut lafaz Allah Taala ketika bertasyahhud. Perkara ini
ditentukan berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin
al-Zubair yang bermaksud : “Sesungguhnya Nabi SAW mengisyaratkan dengan jari
telunjuknya dan Baginda tidak menggerakkannya”. Hadis ini diriwayatkan oleh Abu
Dawud. –Tamat.
5.0 MAKSUD ‘MENGGERAKKAN JARI
TELUNJUK’
Ketahuilah (semoga kalian dirahmati
Allah) bahawa perkara yang dimaksudkan oleh Sayyidina Wail bin Hujr pada lafaz
( áÇ Åáå ÅáÇ Çááå ) itu ialah menggerakkan jari telunjuk sekali sahaja. Ianya
merupakan satu isyarat kepada tauhid. Hal ini amat bertepatan sebagaimana yang
dilakukan oleh Baginda SAW yang tidak menggerakkan jari telunjuknya daripada
awal tahiyyat. Akan tetapi baginda menggerakkannya ketika membaca ( áÇ Åáå ÅáÇ
Çááå ).
Adapun hadis Sayyidina Abdullah bin
al-Zubair itu adalah menafi perbuatan menggerakkan jari secara berulang-ulang.
Maknanya ialah perbuatan menggerakkan jari itu hanya cukup untuk sekali sahaja.
Jadi, kita dapati disini ialah tidak
ada pertentangan antara dua hadis. Inilah penjelasan secara ringkas daripada
para ulamak didalam menjelaskan masalah ini. Disini kami bawakan penjelasan
beberapa orang ulamak yang kami naqalkan daripada kitab-kitab mereka:-
Imam An-Nawawi rhm di dalam
“Al-Majmu’ Syarh Al-Muhadzab” m/s 455 juz 3, mengatakan “Ulamak
mengatakan…hikmat meletakkan dua telapak tangan di atas dua paha ketika
bertasyahhud ialah untuk mencegah daripada melakukan perkara yang sia-sia…”
Tempo.Co , Pekanbaru: Boris Yusman Telaubanua, ayah
bocah terpidana mati Yusman Telaumbanua, memastikan anaknya masih berusia 16
tahun, saat dituduh melakukan pembunuhan berencana pada 24 April 2012. Yusman
merupakan anak ke dua dari lima bersaudara kelahiran 5 Agustus 1996. “Surat baptis
saat kelahirannya pun masih ada,” kata Boris Yusman, saat dihubungi Tempo,
Selasa, 24 Maret 2015.Pengadilan Negeri Gunungsitoli, Nias, Sumatera Utara
memvonis mati Yusman Telaumbanua, bersama Rasulah Hia, pada 21 Mei 2013 lalu.
Keduanya kini mendekam di Lapas Batu, Nusakambangan, Cilacap, Jawa Tengah.Yusman
dan Rasulah divonis atas kasus pembunuhan berencana terhadap Kolimarinus Zega,
Jimmi Trio Girsang, dan Rugun Br. Haloho, pada 24 April 2012.Namun Boris
mengaku belum memegang surat baptis yang menguatkan bukti tanggal kelahiran
Yusman. Surat baptis tersebut tertinggal di Desa Hiliongeka, Nias. Meski
demikian, dia sudah meminta kepala desa setempat untuk mencarikan keberadaan
surat baptis itu. “Surat itu sudah ada, tapi belum saya terima,” ujarnya.Saat
ini Boris sudah memboyong seluruh keluarganya ke Desa Tambusai Timur, Kecamatan
Tambusai, Rokan Hulu, Riau. Ia bekerja di perusahaan perkebunan PT Torus Ganda,
Afdeling 6.
No comments:
Post a Comment