TIARA DI PULAU BATAM
LAGU MERDU DARI RIO ASTAR
Catatan
M.Rakib SH. Mubaligh IKMI Pekanbaru
Riau Indonesia 2015
Penulis tertarik dengan lagu merdu Rio
Astar dari Kampar, karena selain itu penulis menetap di Airtiris Kecamatan
Kampar, selama tujuh tahun. Selain mejadim tukang jahit di daerah ini,
sekaligus sekolah sore hari di MTI
Ranah Airtiris. Kemudian penulis
pergi ke Pekanbaru untuk kuliah pada Fakultas Tarbiyah IAIN waktu
itu(1979-1980).. Tahun 1986 diangkat jadi pegawai negeri, sebagai guru SMA.
Pada tahun 2000 penulis pindah ke kantir Diknas, tepatnya di BPG yang kini
berubah nama menjadi LPMP Pekanbaru Riau Indonesia. Dari kanor inilah penulis
sering diutus ke Batam, dan sedikit mengetahui seluk beluk Batam.Alamat penulis sekarang, Jl.Ciptakarya Gang Waduk No, 33 B
Menurut berita, bahwa orang Melayu Batam, tak mau hanya menjadi penonton di
rumah sendiri, kelompok pemuda dan kumpulan masyarakat melayu majukan Hardi S
Hood yang kini duduk di Dewan Perwakilan Daerah (DPD) RI sebagai calon Wali
Kota Batam.
Sosok Hardi yang sudah dikenal sejak menduduki jabatan ketua dewan
pendidikan rupanya masih berkesan manis bagi masyarakat Melayu yang berada di
Batam.Mereka pun mengingkan agar Hardi ikut mencalonkan diri dalam pilwako
Batam. Apalagi, saat ini belum ada satupun kalangan Melayu yang menyatakan
diri maju dalam pilwako Batam.Marman Syah, salah satu pendiri Kesatuan Anak
Melayu Batam (KAMB) mengatakan masyarakat Melayu Batam ingin tahun mendatang
dipimpin oleh melayu langsung.
"Kami nggak mau lagi jadi
penonton di rumah kami sendiri. Kami ingin orang melayu naik, memimpin di tanah
melayu. Supaya melayu bisa naik lagi, dan pemimpin kami bisa mengangkat
maartabat melayu kembali seperti dulu," kata Marman Syah di rumah
pemenangan Hardi S Hood di Greenland, Rabu (11/3/2015).
Peminggiran Melayu di Singapura bermula
sebaik sahaja Parti Tindakan Rakyat atau PAP berkuasa di pulau sekangkang kera
itu. Kita perlu melihat perjalanan sejarah pulau Singapura untuk melihat bagaimana
PAP yang diketuai oleh Lee Kuan Yew meminggirkan Melayu secara fizikal dan
secara penghapusan sejarah.
Rekod terawal mengenai kewujudan Singapura terkandung dalam catatan sejarah negara China pada kurun ke-3. Singapura atau Temasik adalah sebahagian daripada jajahan empayar Srivijaya yang bertapak di Sumatera. Temasik merupakan sebuah perkampungan tepi laut yang menjadi tempat persinggahan bahtera-bahtera China dan dari benua kecil India dan Asia Barat.
Rekod terawal mengenai kewujudan Singapura terkandung dalam catatan sejarah negara China pada kurun ke-3. Singapura atau Temasik adalah sebahagian daripada jajahan empayar Srivijaya yang bertapak di Sumatera. Temasik merupakan sebuah perkampungan tepi laut yang menjadi tempat persinggahan bahtera-bahtera China dan dari benua kecil India dan Asia Barat.
Nama Singapura diambil dari dua perkataan Melayu yang berasal dari bahasa Sanskrit iaitu singa (simha dlm Sanskrit) dan pura (asal Sanskrit) yang bermaksud kota atau bandar singa. Ia dikaitkan dengan Sang Nila Utama yang menurut hikayat Sejarah Melayu menghadapi ribut besar semasa dalam pelayaran. Keadaan ribut tiba-tiba reda apabila Sang Nila Utama mencampakkan mahkotanya ke dalam laut. Selepas itu, Sang Nila Utama mencari daratan terdekat untuk mendarat dan pulau Temasik adalah tempatnya. Menurut hikayat itu lagi, haiwan pertama yang dilihatnya ialah seekor singa dan dia terus menamakan Temasik sebagai Singapura.
Nukilan sejarah yang terkandung dalam naskhah China dan Sejarah Melayu telah diketepikan oleh Kuan Yew kerana dia mahukan sejarah Singapura dimulakan selepas kehadiran Stamford Raffles. Tindakan Kuan Yew dan PAP ini merupakan permulaan peminggiran Melayu dalam bentuk sejarah di Singapura kerana peranan dan sumbangan kerajaan Melayu sebelum itu, termasuk Johor-Riau, tidak mahu diulangi kerana ia memperlihatkan kebesaran dan pengaruh Melayu.
Pada lewat tahun 1818, Lord Hastings, Gabenor-Jeneral di India yang turut berkuasa ke atas tanah jajahan sebelah timur India, memberi kebenaran kepada Raffles untuk membuka sebuah stesen dagangan di hujung Semenanjung Tanah Melayu dan pulau Singapura menjadi pilihan. Pada 29 Januari 1819 Raffles mendarat di Singapura dan keesokan harinya membuat perjanjian dengan Temenggong, wakil Sultan Johor, untuk membuka pos atau stesen dagangan. Pada 6 Februari 1819, satu perjanjian rasmi dimeterai dengan Sultan Hussein Johor dan Temenggong Abdul Rahman. Melalui perjanjian ini, pihak Inggeris mula bertapak di Singapura dan menjadi raja yang bermaharalela memerintah pulau itu. Kuan Yew memilih detik sejarah ini sebagai pembuka buku sejarah Singapura.
Untuk mencapai niat dan hasratnya, Kuan Yew sanggup melakukan apa saja. Sebagai contoh, Kuan Yew sanggup bekerjasama dengan puak pro-komunis yang meresapi PAP apabila dia bekerjasama dengan pemimpin komunis bernama Lim Chin Siong untuk menumbangkan kerajaan David Marshall, seorang Yahudi yang anti-komunis. David Marshall adalah pengasas parti Labour Front yang ditubuhkan pada bulan Julai 1954 manakala Kuan Yew menubuhkan PAP pada November 1954.
No comments:
Post a Comment